View: 1128|Reply: 14
|
[Tempatan]
'Jangan paksa saya dedah semua nama'
[Copy link]
|
|
'Jangan paksa saya dedah semua nama'
Ladang durian Musang King di puncak Gunung Inas. - Foto fail NSTP
ALOR SETAR: Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi, memberi amaran boleh mendedahkan semua nama yang terbabit dalam projek ladang durian Musang King di Gunung Inas, Baling, selepas diasak pembangkang pada Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah, hari ini.
Muhammad Sanusi (PAS-Jeneri) menegaskan, beliau sudah melihat semua surat kelulusan berkaitan projek terbabit dan mengetahui siapa individu terbabit, namun enggan terus terbabit dalam situasi tuduh menuduh yang berlaku ketika ini.
"Saya hendak tegaskan bahawa kita sedang tunggu laporan jabatan teknikal seperti Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) di bawah Kementerian Alam Sekitar dan Air serta Jabatan Mineral dan Geosains (JMG) di bawah Kementerian Tenaga dan Sumber Asli (KeTSA) sebelum dapat umum punca kejadian di Gunung Inas.
"Laporan Jabatan Perhutanan Negeri Kedah (JPNK) saya sudah dapat, saya sudah ada kronologi dan tahu siapa yang menandatangani surat untuk luluskan projek Musang King.
"Jangan paksa saya dedahkan semua itu, saya tak mahu terus tuduh menuduh kerana saya perlu adil kepada semua," katanya pada sidang media selepas Sidang DUN Kedah, hari ini.
Beliau berkata demikian bagi mengulas tindakan Speaker DUN Kedah, Datuk Juhari Bulat, menolak dua kali usul dibawa pembangkang berkaitan isu bencana banjir dan kepala air yang melanda Yan tahun lalu dan Baling, baru-baru ini, pada Sidang Dewan DUN Kedah, hari ini.
Mengulas lanjut, Muhammad Sanusi berkata, beliau memahami desakan pembangkang sengaja mahu membincangkan isu bencana di Gunung Inas berkenaan kerana kerajaan negeri tidak bersedia memberi jawapan yang memuaskan yang kemudian akan membuatkan isu itu dipolitikkan.
Katanya, mengikut peraturan Dewan DUN Kedah, masa yang diperlukan sebelum sesuatu usul dibahaskan adalah 14 hari, namun Juhari tetap memberi peluang kepada pembangkang membacakan usul berkenaan sebelum menolak ia dibahaskan.
"Pembangkang memang boleh 'balun' sahaja kerana yang hendak jawab adalah kerajaan. Pendapat peribadi saya mengenai kejadian kepala air Gunung Inas adalah bencana alam, namun ada juga kerja lain yang terbabit serta faktor lain yang tidak dapat kita tangani.
"Saya ucap tahniah kepada pembangkang cuba bawa perkara ini tapi tak berjaya. Kejadian kepala air dan banjir Gunung Inas dan Gunung Jerai pada Ogos tahun lalu adalah sama tapi senario berbeza, di Gunung Jerai tidak ada pembalakan kerana ia Hutan Perlindungan tapi di Gunung Inas ada pembangunan untuk ladang hutan seluas 5,000 hektar.
"Namun, hingga kini hanya sebahagian kecil hutan di Gunung Inas yang ditanam Musang King. Jadi jangan terburu-terburu kerana saya perlu dapatkan semua laporan daripada jabatan berkaitan terlebih dahulu," katanya.
Sumber:https://www.bharian.com.my/berit ... ya-dedah-semua-nama
|
|
|
|
|
|
|
|
Aritu duk bahan pasal pendrive, sekali dia pun terikut2 plak |
|
|
|
|
|
|
|
Badut McD… |
|
|
|
|
|
|
|
laaahai, nak bgtau tu ckp je la. main acah2 plak |
|
|
|
|
|
|
|
Berterusteranglah
Telus lah |
|
|
|
|
|
|
|
Kalau dah, ada bukti tunjuk jela. Bagus utk political mileage utk parti lebai jgk kalau yang buat tu pihak sebelah sana. Toksah sembang babi terbang Sgt lah. |
|
|
|
|
|
|
|
Ini kalo kat bod gosip acah2 nak melondeh tp tak jadi.. mau sampai berpage2 kena provoke |
|
|
|
|
|
|
|
Kalau dalam FB dia,apa apa dia cakap komen kat bawah mesti terbaik MB ..he he |
|
|
|
|
|
|
|
Tak elok makan durian.. Kurang2kan lah |
|
|
|
|
|
|
|
Heleh..taknak tuduh menuduh itulah lama2 ko pun makan rasuah. |
|
|
|
|
|
|
|
hr tu kata banjir bkn sbb musang King... haha xleh pkai mamat ni |
|
|
|
|
|
|
|
Walaupun tak suka cara dia yg asyik memganjing orang tapi statement dia kali ni bukan betul ke? Benda kena siasat secara adil dan menyeluruh oleh jabatan2 teknikal yg berpengetahuan dalam bidang berkenaan.... Tapi forumer2 bodo tetap la nak bangkang dan kutuk mamat ni... Kemon la tolong jadi netizen yg rasional bukan emosi membabi buta.. Asal dah tak suka seseorang, habis segala benda dia buat walaupun betul tetap kena kutuk... Bodo betul |
|
|
|
|
|
|
|
Jangan sembang babi terbang lah Nusi..kalau di pihak yg benar kenapa takut sgt nak bahas kat DUN .nmpak sgt hang nak sorok sesuatu kann
Usul bincang isu tragedi di Yan dan Baling ditolak kerajaan negeri
Oleh Noorazura Abdul Rahman
Julai 18, 2022 @ 12:38pm
[email protected]
Pusat Peranginan Alang Kenari dekat Titi Hayun yang terjejas berikutan kejadian banjir kilat akibat fenomena kepala air Gunung Jerai, Ogos tahun lalu. - NSTP/Luqman Hakim Zubir
ALOR SETAR: Speaker Dewan Undangan (DUN) Kedah, Datuk Juhari Bulat, menolak dua kali usul cuba dibawa pembangkang berkaitan isu bencana banjir dan kepala air yang melanda Yan tahun lalu, dan Baling, baru-baru ini.
Usul itu dikemukakan Datuk Dr Ismail Salleh (PH-Pengkalan Kundur) dan Tan Kok Yew (PH-Derga) pada sesi Sidang DUN Kedah, hari ini.
Juhari dalam penjelasannya berkata, usul itu ditolak berikutan ia tidak dimasukkan ke dalam agenda mesyuarat lebih awal, selain Sidang DUN kesuntukan masa kerana hanya diadakan separuh hari.
"Saya terpaksa tolak usul ini kerana masa tidak sesuai dan usul ini juga tidak sesuai dibuat secara tergesa-gesa pada Sidang DUN kali ini.
"Bagaimanapun, kita bawa usul ini ke depan supaya lebih teratur dan cadangan dapat disampaikan dengan lebih baik, mesej yang dibawa Pengkalan Kundur dan Derga serta yang lain, kita maklum," katanya.
Terdahulu, Dr Ismail yang juga Timbalan Pengerusi Parti Amanah Negara (AMANAH) Kedah meminta kebenaran Juhari supaya usul yang dikemukakan dibincangkan dalam persidangan hari ini.
Beberapa ADUN pembangkang termasuk Kok Yew dan Teh Swee Leong (PH-Kota Darul Aman), Datuk Amiruddin Hamzah (PEJUANG-Anak Bukit) meminta perkara sama dibahas dan dijelaskan Menteri Besar, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor.
Ini berikutan tragedi kepala air menyebabkan enam nyawa terkorban dan lebih 1,000 rumah terjejas di Yan dalam kejadian 18 Ogos tahun lalu, manakala dalam kejadian sama pada 4 Julai lalu di Baling, tiga nyawa termasuk ibu hamil empat bulan terkorban dengan 800 rumah rosak termasuk 17 rumah ranap dibawa arus.
Amiruddin kemudian meminta Juhari membuat keputusan muktamad sama ada beliau mahu membenarkan usul itu dibahaskan atau menolak mengikut Perkara 18(1) Peraturan Mesyuarat, namun tetap ditolak Speaker DUN Kedah berkenaan.
Sidang DUN Kedah hari ini dijangka ditangguh pada jam 1 petang ini sebelum disambung semula pada Oktober depan.
|
|
|
|
|
|
|
|
Ada ka org percaya sanusi ni selepas kantoi menipu pkp haritu ? Yiihhhh bebal |
|
|
|
|
|
|
|
Xde sapa paksa ko le.....dh jd embee pun masih benak, ni soal kehidupan & alam sekitar....ko pun dh jd najibun suma benda nl berahsia sorang2 ujong2 kantoi |
|
|
|
|
|
|
| |
|