View: 1386|Reply: 12
|
[Tempatan]
COVID-19: Penggunaan katil hospital 68.5 peratus
[Copy link]
|
|
COVID-19: Penggunaan katil hospital 68.5 peratus
Foto fail NSTP
KUALA LUMPUR: Negara merekodkan 3,080 kes baharu COVID-19 setakat tengah malam tadi, sedikit berkurangan berbanding 3,936 kes yang direkodkan sehari sebelumnya.
Berdasarkan data di laman sesawang COVIDNOW, kes baharu itu menjadikan 42,185 kes masih aktif dengan 40,622 individu menjalani isolasi di rumah, manakala 1,472 pesakit dirawat di hospital dan 34 kini di Pusat Rawatan COVID-19 Berisiko Rendah (PKRC).
Pesakit baharu COVID-19 yang dimasukkan ke wad membabitkan 545 orang menjadikan kadar kemasukan ke hospital mencecah 68.5 peratus.
Data juga menunjukkan penggunaan katil di wad juga tinggi di beberapa negeri iaitu 87.4 peratus di Melaka, Johor (87.1 peratus); Kedah (84.7 peratus); Selangor (81.9 peratus) diikuti Kelantan (80.9 peratus).
Selain itu, penggunaan katil di Unit Rawatan Rapi (ICU) di seluruh negara mencecah 61.7 peratus membabitkan 57 pesakit COVID-19.
Selain itu, setakat tengah malam tadi, seramai 37 pesakit COVID-19 yang ditempatkan di ICU memerlukan bantuan pernafasan.
Walaubagaimanapun, data yang dikemaskini setakat jam 5.48 pagi ini, menunjukkan tiada kes kematian termasuk kematian di luar fasiliti kesihatan (BID).
Sumber:https://www.bharian.com.my/berit ... ospital-685-peratus
|
|
|
|
|
|
|
|
Klang Valley Hospital penuh katanye. |
|
|
|
|
|
|
|
Covid tu dah satu hal. Sekarang ni dah lah panas betul cuaca. Dah macam nak kena stroke haba pun ada. |
|
|
|
|
|
|
|
Budak2 ramai yg lepas viral fever sambung plak kena demam influenza.. |
|
|
|
|
|
|
|
Huntong lagi tu kerajaan masih tanggung bil api. Katanyaaa. Bawa2 lah set ke 25C sajork kalau dah agak2 ruang dah sejuk sikit. Mana tak melambung bil kalau maintain 16C jur. |
|
|
|
|
|
|
|
Oklah..tunggu temujanji booster kedua... |
|
|
|
|
|
|
|
Kat ofis iols pun baru ni ramai kena. Bos iols tgh kena covid skrg |
|
|
|
|
|
|
|
orkid_amani replied at 19-7-2022 08:47 PM
Budak2 ramai yg lepas viral fever sambung plak kena demam influenza..
Anak aku salah seorg kn demam teruk..sebulan demam panas on off.. skrg effect kat jantung dia..doc srh monitor dl kat rumah..kalo degupan jantung dia atas 110 bawak blk ke hospital nk refer pakar.. ingat nk bawak anak p swasta check jantung dia..tp x tau pulak nk p kat mn..berapa kos.. |
|
|
|
|
|
|
|
ina_na replied at 19-7-2022 10:42 PM
Anak aku salah seorg kn demam teruk..sebulan demam panas on off.. skrg effect kat jantung dia..doc ...
Itu la..last week ank aii balik sekolah cakap sakit telinga .sakit leher..mlmnya high fever.. nasib baik ada ambik ubt demam..lepas baik demam dtg angin muntah diarrhea plak..ni masih letih2 lagi dah hari ke4 |
|
|
|
|
|
|
|
orkid_amani replied at 20-7-2022 07:58 AM
Itu la..last week ank aii balik sekolah cakap sakit telinga .sakit leher..mlmnya high fever.. nasi ...
Ade ari tu bawak anak ke emegrency..ade anak kecil mcm ni..kn msk air.. x tau la dia kn thn wad ke x..tp skrg ni wad pun penuh..tgk ramai gak org duk kecoh bgtau hospital krjn,swasta skrg ni dah penuh.. tunggu kat emegrency pun sama lama .kecuali kalo dah kritikal sgt.. |
|
|
|
|
|
|
|
ina_na replied at 20-7-2022 10:36 AM
Ade ari tu bawak anak ke emegrency..ade anak kecil mcm ni..kn msk air.. x tau la dia kn thn wad ke ...
Aii nasib baik la facilities kat panel dah setaraf specialist clinic..ada treatment room utk drip & neb. Doc pun cakap xdak keperluan lagu utk admit..just monitor ja la kat rumah..tapi tu la setiap 3hari kena p klinik sbb doc nk check condition..ni dah kali ke2 tukar ubat.. alhamdulilah dah nampak ok ank |
|
|
|
|
|
|
| |
|