View: 2658|Reply: 16
|
Jiran Pun Tak Tahu Zalina Azman Hilang, Hanya Tahu Lepas Dengar Hebahan
[Copy link]
|
|
Bekas personaliti TV3, Zalina Azman yang dilaporkan hilang sejak November tahun lalu didakwa kurang bergaul dengan jiran tetangga.
Susulan itu, ada jiran hanya mengetahui Zalina atau nama sebenarnya, Zalina Shaharah Azman, 58, tinggal di kawasan perumahan mereka di Seksyen 3, di sini selepas hebahan polis dan berita kehilangan yang dilapor semalam.
Tinjauan di kediaman Zalina mendapati, keadaan rumah itu seperti sudah lama ditinggalkan dengan pagar rumah seperti dalam pembinaan.
Foto: Harian Metro
Seorang penghuni kawasan itu, Mohammad Bokhari Shariff, 76, yang juga pemilik pusat tahfiz berkata, dia tidak pernah bersua muka dengan Zalina sejak wanita berkenaan pindah di situ beberapa tahun lalu.
"Saya lihat rumah itu sedang melalui proses ubah suai yang seakan-akan hendak dijadikan pejabat tetapi proses itu terhenti beberapa bulan sebelum kehilangannya, tahun lalu.
"Saya mengetahui kehilangannya sebaik polis datang menemui saya untuk mendapatkan maklumat berkaitan," katanya ketika ditemui di sini, hari ini.
Menurut Mohammad Bokhari, dia mengetahui Zalina membeli rumah itu beberapa tahun lalu apabila diberitahu oleh pemilik asal kediaman berkenaan.
Zalina
"Namun saya rasa dia jarang tinggal di situ, cuma perasan ada sebuah kereta mewah hitam selalu parkir di rumah itu dan rasanya ia mungkin kereta dia (Zalina)," katanya yang sudah menetap di kawasan berkenaan lebih 40 tahun lalu.
Penghuni lain ketika ditemui berkata, tidak menyangka keluarganya berjiran dengan Zalina sehingga membaca berita kehilangan malam tadi.
Seorang jiran yang enggan dikenali pula mendakwa, anak bekas pembaca berita itu ada datang ke rumahnya bertanya mengenai Zalina pada hari kehilangannya.
Bagaimanapun jiran terbabit enggan mengulas lanjut.
Sementara itu Ketua Polis Daerah Shah Alam Asisten Komisioner Mohd Iqbal Ibrahim berkata, setakat ini tiada maklumat terkini berhubung kes berkenaan sejak hebahan dibuat semalam.
"Sehingga kini tiada apa-apa perkembangan terbaru, siasatan masih diteruskan dan diklasifikasikan orang hilang," katanya.
Semalam, media melaporkan polis giat mencari bekas personaliti TV3 itu yang dilaporkan hilang sejak November 2021.
Polis sebelum itu menerima laporan dibuat anak lelaki Zalina, Mikhael Norman, 33, yang mendakwa gagal menghubungi ibunya sejak 24 November 2021, untuk memaklumkan mengenai datuknya yang dimasukkan ke hospital. -CARI
Sumber: Harian Metro |
|
|
|
|
|
|
|
Lambatnya reporter cari
|
|
|
|
|
|
|
|
Julong2 kalinye repot orang hilang 1/2 taon baru polis wat koje.. Covid ke? |
|
|
|
|
|
|
|
Dah nk dekat setahun baru tau mak tak de....
Sibuk sgt kau wahai anak...... |
|
|
|
|
|
|
|
Lambatnye jumpe... Kemon pak polisi.. |
|
|
|
|
|
|
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
tumpanglalu74 replied at 19-7-2022 04:50 PM
Julong2 kalinye repot orang hilang 1/2 taon baru polis wat koje.. Covid ke?
Bkn salah polis...
Polis baru dpt report smlm..
Ank dia buat report smlm. Tu pun cari sbb nk bgtau atok dia masuk hosp |
|
|
|
|
|
|
|
jazaa100 replied at 19-7-2022 04:50 PM
Dah nk dekat setahun baru tau mak tak de....
Sibuk sgt kau wahai anak......
Anak nya buat repot 5 hari selepas emak nya hilang. Cuma baru sekarang dihebahkan kehilangan Zalina Azman tu. |
|
|
|
|
|
|
|
pelik nyaa kemana laa agaknyaa dia ni pergi |
|
|
|
|
|
|
|
lama nya lesap. moga selamat ditemui dalam keadaan baik. ntah apa ke punca nya ye hilang tanpa jejak |
|
|
|
|
|
|
|
Dulu2 suka sgt tengok Azlina ni, dia pembaca berita paling cun lah zaman tu.
Dah 58 eh sekarang.. semoga dijumpai dengan selamat lah |
|
|
|
|
|
|
|
Anak dia report lama dah la korang ni pom.. mungkin dorang x hebahkan sampai cukup tempoh matang kot. Ni baru nk mintak bantuan ramai adudu..
jiran pun xpenah jumpa lain mcm. Smoge yg baik-baik aje |
|
|
|
|
|
|
|
seksyen 3 tu, berlamabak rumah psg cctv, tkknla takde bole trace recording apa berlaku haritu? situ bukan kawasan setinggan pun.
5 hari bru report, amatlah sesuatu sgt.. kbykkn cctv yg hdisk builtin, auto rewrite data lepas lebih seminggu, lainla gune hdisk 10 Petabyte |
|
|
|
|
|
|
|
Moga dia baik2 saja di mana pun dia berada.... |
|
|
|
|
|
|
|
Bawa diri kot sebab anak lama tak tanya khabar.. |
|
|
|
|
|
|
| |
|