CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 586|Reply: 4

[Tempatan] 28 lelaki didakwa anggotai kumpulan jenayah terancang GST 08

[Copy link]
Post time 19-7-2022 04:54 PM | Show all posts |Read mode
28 lelaki didakwa anggotai GST 08

https://www.utusan.com.my/nasion ... wa-anggotai-gst-08/

Oleh ZAREEN HUMAIRAH SEJAHAN
19 Julai 2022, 4:05 pm


ANGGOTA polis dari Jabatan Penyiasatan Jenayah (CID) mengawasi 28 lelaki yang didakwa menjadi ahli kumpulan jenayah terancang Geng 08 GST, di daerah Hulu Selangor, tiga tahun lalu di Mahkamah Sesyen Kuala Kubu Bharu di sini hari ini.

HULU SELANGOR: Seramai 28 lelaki dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Kuala Kubu Bharu hari ini dekat sini kerana didakwa menjadi ahli kumpulan jenayah terancang, sejak tiga tahun lalu.

Kesemua tertuduh yang berusia antara 22 hingga 46 tahun didakwa atas tuduhan menjadi ahli kumpulan jenayah terancang Geng 08 GST di Tin Mine, Kalumpang dekat sini antara Januari 2019 hingga 23 Jun 2022.

Mereka dituduh di bawah Seksyen 130V (1) Kanun Keseksaan dan boleh dihukum di bawah subseksyen yang sama.

Jika disabit kesalahan, kesemua tertuduh berdepan hukuman penjara tidak kurang lima tahun dan tidak melebihi 20 tahun.

Kesemua tertuduh mengangguk tanda faham selepas pertuduhan dibaca dalam bahasa Melayu dan Tamil di hadapan Hakim Nurul Mardhiah Mohammed Redza.

Namun, tiada pengakuan direkodkan kerana ia terletak di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.

Mereka yang didakwa pada prosiding hari ini ialah P. Thanasegaran, 46;  K. Saravanak Kumar, 36;  S.Selvamogan ,44;  N. Yogeswaran , 41; N.Ganesan, 43;  R.Raja Kumar, 39; Aziz Latip Hasannar, 42; N.Chandran, 37;  B.Vinot, 27;  K.Selvam, 38 dan P.Tachana Moorthy, 36.

Turut didakwa ialah S.Vekneswaran, 36, M.Saravanan, 40; V.Elengo Van, 36;  V. Thinagaran, 28;  M.Eswaran, 33; S.Navin ,29;  S.Kali Muthu, 44;  B.Moganraj, 30; A.Poobalan, 29; N.Vijendran , 37; K.Punitharajan, 26; R.Devandran, 35; R.Vengateswaran,26; Tan Eng Sun, 22; P. Sathteswaran, 23; G.Gananathan, 23, dan H. Arvind, 24.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan-timbalan Pendakwa Raya, Muhamad Iskandar Ahmad, Shafiq Hasim, Khairul Azreem Mamat dan Yong Ching Hong.

Kesemua tertuduh diwakili peguam-peguam bela, Datuk Geetham Ram Vincent, Datuk R. Thinalan, Datuk David Gurupatham, JM Mark, K. Shalvin, PS Doal, Mohd Hanif Hassan, Yoges Verasuntharam dan Mujahidah Almukimah Fakhrurazi.

Terdahulu, semasa pertuduhan dibacakan, salah seorang tertuduh didapati menghadapi masalah pendengaran.

Menurut Yoges, beberapa Orang Kena Tahan (OKT) mengalami kecederaan semasa dalam tahanan.

Atas alasan tersebut peguam tersebut memohon agar prosiding hari ini ditangguhkan dan tertuduh dibenarkan untuk mendapatkan rawatan.

Bagaimanapun, Nurul Mardhiah mengarah supaya jurubahasa membacakan pertuduhan itu dari jarak dekat.

Mahkamah tidak membenarkan semua tertuduh diikat jamin dan menetapkan 22 Ogos depan untuk sebutan semula kes. –UTUSAN ONLINE

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-7-2022 06:24 PM From the mobile phone | Show all posts
Geng Songkok Tinggi tersenyum sinis
Reply

Use magic Report

Post time 19-7-2022 06:31 PM From the mobile phone | Show all posts
Takde nama lain ke?


Reply

Use magic Report

Post time 20-7-2022 08:32 AM | Show all posts
buruk nama gang ko

suka bayar GST ke?

Reply

Use magic Report

Post time 20-7-2022 09:06 AM | Show all posts
ada gak melayu dgn cina tersesat masuk
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-11-2024 04:49 AM GMT+8 , Processed in 0.041773 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list