View: 524|Reply: 0
|
[Politik]
Pindaan perlembagaan parti....Umno sudah serah 8 dokumen tambahan diminta ROS
[Copy link]
|
|
Ahmad Maslan mengesahkan Umno telah menyerahkan kesemua dokumen tambahan yang diminta oleh Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS) bagi permohonan pindaan perlembagaan parti itu.
“Sudah,” balas stiausaha agung Umno itu secara ringkas kepada Malaysiakini apabila ditanya mengenai status permintaan penambahan dokumen oleh ROS.
Terdahulu hari ini, Ahmad berkata Umno memberi ROS sehingga dua minggu untuk meneliti lapan dokumen tambahan yang diminta sebelum memberikan maklum balas.
Umno sebelum ini membuat permohonan pindaan perlembagaan partinya bagi menangguhkan pemilihan sehingga enam bulan selepas PRU15.
Notis pindaan perlembagaan itu dikemukakan kepada ROS pada 17 Mei lepas.
Pada 7 Julai lepas, ROS berkata keputusan berhubung permohonan pindaan Perlembagaan Umno akan diketahui semalam.
https://www.malaysiakini.com/news/628850
|
|
|
|
|
|
|
| |
|