View: 749|Reply: 3
|
[Dunia]
Rakyat Sri Lanka tiada duit beli makanan, diancam kebuluran
[Copy link]
|
|
Rakyat Sri Lanka tiada duit beli makanan, diancam kebuluran
https://www.utusan.com.my/luar-n ... -diancam-kebuluran/
Oleh WARTAWAN LUAR NEGARA
20 Julai 2022, 7:30 am
PENDUDUK Sri Lanka menanam sayur-sayuran untuk menyara keluarga mereka ketika harga makanan melambung tinggi. - AFP
COLOMBO: Rambut Milton Pereira disikat dengan kemas namun mukanya cengkung dan susuk badannya pula kurus kering dan kelihatan lemah.
Seperti kebanyakan warga Sri Lanka lain, Milton dan keluarganya tidak mampu membeli makanan yang mencukupi.
“Sangat sukar untuk hidup, malah sebungkus roti pun mahal.
“Kami makan sekali sahaja dan kemudian tak makan lagi,” katanya dalam temubual di luar rumahnya di Pulau Slave, Colombo.
Dilaporkan, ramai penduduk Sri Lanka kini mempunyai kuasa membeli terhad serta kurang makan dan bekerja.
Situasi tersebut berlaku ketika Sri Lanka dilanda krisis kewangan paling buruk sejak tujuh dekad lalu, sehingga mendorong inflasi berleluasa dan protes besar-besaran yang menjatuhkan Presiden negara itu.
Dengan mempunyai enam orang anak, lelaki berusia 74 tahun itu berkata, sejak beberapa minggu lalu, dia hanya mampu membeli ikan sekali sekala, yang dipotong kecil untuk dikongsikan bersama keluarganya.
“Oleh kerana tidak cukup duit, kadang-kala kami akan beri ikan kepada anak-anak dan orang dewasa akan makan kuah sahaja,” katanya.
Para pengkritik berpandangan selain pandemik Covid-19, krisis kewangan negara diburukkan lagi oleh salah urus pentadbiran kerajaan.
Anak lelaki Milton iaitu BG Rajitkumar yang bekerja sebagai buruh dilaporkan menganggur selama sebulan.
“Harga makanan meningkat hampir setiap hari. Kenaikan itu adalah paling mengerikan yang pernah kami alami,” katanya.
Berdasarkan data rasmi, kadar inflasi makanan di Sri Lanka mencecah 80.1 peratus pada tahun ini sehingga Jun.
Tinjauan harga sayuran di beberapa premis mendapati penduduk terpaksa membayar 1,000 rupee (RM12.47) untuk sekilo labu, dua kali ganda berbanding harga sayuran itu tiga bulan lalu.
Seorang penjual sayur, Mohamad Faizal mengakui pelanggannya kini hanya mampu membeli sayuran sekurang-kurangnya 100 gram sekali.
“Harga sudah naik, punca utamanya adalah tiada cara untuk menghantar barangan tersebut kerana tiada bahan api,” katanya.
TIADA PILIHAN
Dengan ketiadaan rizab pertukaran asing bagi import dan kegagalan membayar hutang negara luar berjumlah AS$51 bilion (RM227.28 bilion), Sri Lanka kini berdepan kekurangan bahan api, ubat-ubatan dan barang keperluan lain.
Menurut Program Makanan Sedunia, kira-kira lima juta orang atau 22 peratus penduduk negara itu kini memerlukan bantuan makanan.
Berdasarkan penilaian terbaharunya, lebih lima daripada setiap enam keluarga didapati tidak cukup makanan, kurang makan atau membeli makanan yang sudah rosak.
Meskipun bekalan makanan tidak mengalami kekurangan namun isunya adalah kemampuan penduduk untuk melakukan pembelian.
Beberapa peniaga pasar borong sayuran memaklumkan perniagaan mereka merosot sehingga menyusut lebih separuh sejak Mac lalu.
Peniaga MM Mufeed berkata, harga untuk semua barang meningkat dua kali ganda.
“Malah, sayur yang tidak dijual akan dibuang dan ramai orang miskin membawa pulang sayuran tersebut setiap hari selepas pasar ditutup,” katanya.
Jelasnya, jualan sayurannya menurun sebanyak 70 peratus.
“Kadang kala saya menjual sayur kepada orang miskin dengan harga lebih murah bagi mengelak pembaziran makanan dan meraih sedikit keuntungan,” katanya.
Ahli perniagaan import-eksport, Ashley Jennycloss berkata, kentang, bawang merah dan bawang putih masih terus diimport dari India, Pakistan dan China.
TANAM SAYURAN SENDIRI
Seorang bekas penjawat awam, Theodore Rajapakse mengajar penduduk cara menanam sayur-sayuran yang cepat tumbuh di kawasan kecil berhampiran rumah mereka.
“Negara saya kini dalam kesusahan, jadi anda boleh menanam 100 kilogram (kg) labu di sebidang tanah seluas tiga kaki,” katanya.
BANTAH PENCALONAN WICKREMESINGHE
Pelajar dan beberapa kumpulan lain membantah pencalonan Ranil Wickremesinghe sebagai presiden baharu Sri Lanka.
Perdana menteri itu mengambil alih sebagai pemangku presiden selepas Gotabaya Rajapaksa melarikan diri ke Singapura dan meletakkan jawatan.
Setakat ini, tiga individu dicalonkan untuk menggantikan Rajapaksa.
Parlimen mengumumkan Wickremesinghe akan menentang bekas menteri pendidikan, Dullas Alahapperumadan pemimpin berhaluan kiri, Anura Dissanayake dalam undian rahsia.
Ketua pembangkang, Sajith Premadasa menarik diri daripada pencalonan presiden Sri Lanka untuk menyokong Alahapperuma. – AFP/REUTERS
|
|
|
|
|
|
|
|
Politaik curi berbillion...... kita diam dan sokong
Politaik bagi projek berbillion pada kroni pakai "closed tender".....kita tak kisah
Dah bertahun budget defisit...... kita buat tak kisah je
Politaik buat pinjaman pesisir berbillion......untuk projek yg kita sendiri tak tahu.....dan diberikan kepada kroni je...... kita kata lantak depalah..... seronok dapat RM100 bantuan B40
Politaik bail berbillion Ringgit untuk GLC (yg mana lembaga pengarahnya dapat berjuta ringgit sebulan)....kita buat bodoh je
Memang kita bodoh....penakut... no action talk only. Kita akan menjadi second Sri Lanka.....
Jangan percaya sangat cakap politaik..... mulut depa penuh taik. |
|
|
|
|
|
|
|
Kalo malaysia jd mcm ni , bole la acik2 kuarkan emas g naik private jet ke negara lain |
|
|
|
|
|
|
|
Road to Sri Lanka2.0???...Acik2 felda penyokong najib mesti ingat 13billion banyak sikit je drpd 13juta...
‘Malaysia masih berhutang RM13.3 bilion yang dimeterai Najib’
Hidir Reduan Abdul Rashid
Diterbitkan: Jun 15, 2022 1:59 PM
Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini diberitahu bahawa Malaysia masih berhutang AS$3 bilion atau RM13.3 bilion hasil usaha sama (JV) antara 1MDB dan Aabar Investments.
Bekas pegawai kementerian kewangan, Siti Zauyah Md Desa, yang pernah berkhidmat di bahagian pengurusan pinjaman kementerian itu, berkata 1MDB tidak pernah melaporkan kepada bahagiannya berhubung usah sama berkenaan. (1MDB dimiliki sepenuhnya oleh MoF Inc).
Semasa perbicaraan kes rasuah RM2.28 bilion 1MDB yang membabitkan bekas perdana menteri dan menteri kewangan Najib Razak, saksi pendakwaan ke-23 itu mendakwa bahawa firma pelaburan negara tersebut cenderung berurusan secara langsung dengan tertuduh dan bukannya melalui bahagiannya.
Siti Zauyah memaklumkan bahawa Najib menandatangani surat sokongan (LOS) bagi menyokong usaha sama antara 1MDB dan Aabar Investments PJS, yang adalah anak syarikat International Petroleum Investment Company (IPIC).
“Saya mengesahkan bahawa status pinjaman AS$3 bilion yang dirujuk dalam kenyataan saksi, bahawa 1MDB sebagai peminjam AS$3 bilion, telah gagal membayar balik pinjaman itu mengikut terma yang ditetapkan.
“Perkara ini menyebabkan kerajaan hari ini terpaksa membayar balik hutang 1MDB berdasarkan LOS yang dikeluarkan kerajaan yang ditandatangani oleh menteri kewangan Najib Razak pada 2013.
“Selepas surat sokongan kepada 1MDB dikeluarkan pada 2013, menteri kewangan itu tidak lagi mengeluarkan sebarang jaminan kepada 1MDB,” kata Siti Zaudah hari ini.
Dia memberitahu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur bahawa sekiranya 1MDB gagal membayar balik hutangnya, bank pemberi pinjaman akan “mengejar” kerajaan Malaysia kerana LOS ditandatangani oleh Najib.
Pinjaman itu didakwa dikumpul melalui terbitan bon 1MDB oleh Bank of New York Mellon Group. Bon tersebut matang tahun depan.
Pihak pendakwaan berhujah bahawa akibat daripada jejak aliran kewangan yang diselewengkan itu, sejumlah AS$681 juta (RM2,081,476,926 mengikut kadar pertukaran asing ketika itu) masuk ke akaun Najib pada awal 2013.
|
|
|
|
|
|
|
| |
|