Sumber IG
Pempengaruh dan model, Ayana Jihye Moon yang berasal dari Korea ini pernah menjadi sebutan ramai di Malaysia dan Indonesia selepas dia memilih untuk menganut agama Islam pada tahun 2012.
Malahan, ada segelintir wanita yang menjadikan Ayana sebagai 'role model' selain menginspirasikan gaya serta fesyen menutup aurat.
Bagaimanapun, penampilannya ketika melawat adik lelakinya yang berada di kem tentera mulai menjadi pertikaian netizen yang tertanya-tanya sama ada wanita itu masih berhijab atau sebaliknya.
Menerusi gambar yang dikongsikan, Ayana hanya memakai topi dan 'hoodie' bagi menutup rambutnya tanpa hijab dan menampakkan rambut serta lehernya ketika menghantar adiknya, Aydin menjalani latihan ketenteraan.
Menerusi kapsyen, model yang berpangkalan di Indonesia itu meluahkan rasa bangga kerana adik lelakinya itu adalah satu-satunya peserta beragama Islam di kem tersebut.
Menjengah di ruangan komen, rata-rata ramai yang meluahkan rasa kecewa dan bimbang akan penampilan baharu Ayana.
Bagaimanapun, wanita itu menerusi IG Story memohon agar netizen dapat memahami penerimaan masyarakat di sana terhadap individu yang memakai tudung. - CARI
Sumber Oh Bulan!
|