CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 343|Reply: 0

Tunggu Kajian Siap Oktober Ini, Cuti Sakit Haid Masih Dikaji

[Copy link]
Post time 20-7-2022 03:59 PM | Show all posts |Read mode
Cadangan memperkenalkan cuti sakit haid masih dikaji Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM).


Timbalan menterinya, Siti Zailah Yusof berkata, kajian tersebut melibatkan 57,000 responden itu dijangka siap pada Oktober ini.




The Star




“Kajian sedang dibuat dan akan siap pada Oktober tahun ini. Selepas siap, ia akan dibentangkan kepada kerajaan,” katanya dalam sidang Dewan Rakyat, hari ini.


Terdahulu, Charles Santiago (PH-Klang) meminta Zailah menyatakan adakah Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat mempunyai rancangan untuk memperkenalkan cuti haid dan subsidi tuala wanita sebagai sebahagian daripada perlindungan sosial untuk wanita dari keluarga B40.


Dalam pada itu, Zailah turut berkata, pengenalan cuti haid memerlukan perbincangan lanjut dengan pihak berkepentingan seperti Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), Kementerian Sumber Manusia, Kementerian Kewangan, kesatuan sekerja dan pertubuhan majikan sebelum dipertimbangkan untuk dilaksanakan.


Katanya, ini kerana proses memperkenalkan cuti haid bukan sahaja melibatkan kesejahteraan wanita, tetapi, memberi implikasi dan produktiviti ekonomi negara.




Gambar hiasan




“Buat masa ini terdapat kemudahan cuti sakit yang diperuntukkan oleh majikan kepada pekerja sektor swasta dan awam,” katanya.


Menjadikan Jepun dan Indonesia  sebagai contoh, Santiago menggesa penggubalan dan penguatkuasaan segera dasar yang menghendaki majikan membenarkan wanita bercuti sakit haid, jika mereka memerlukannya.




Sumber: UTUSAN ONLINE
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-11-2024 04:47 AM GMT+8 , Processed in 0.040698 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list