View: 708|Reply: 2
|
[Tempatan]
'Callman' ini selamatkan Wanita ini Kena Tinggal Dengan Suami di tengah lebuhraya Selepas Bergaduh.
[Copy link]
|
|
Edited by YgBenar at 22-7-2022 07:33 PM
https://vt.tiktok.com/ZSRNJ16nf/?k=1
Menerusi perkongsian Shatulapan di laman TikTok, menceritakan kisah di mana dia yang bekerja sebagai callman terjumpa dengan seorang wanita di tengah lebuhraya.
Pada awalnya, lelaki berkenaan meronda di lebuhraya persekutuan untuk mencari kes kemalangan, namun alangkah terkejutnya apabila dia terlihat seorang wanita sedang berdiri di pembahagi jalan sambil bermain telefon bimbit.
Tengah ronda-ronda cari kes kemalangan, tiba-tiba mak cik ni ditinggalkan suami di tengah-tengah lebuhraya perksekutuan.
Bimbang akan keselamatan wanita terbabit, dia dengan segeranya melintas untuk menyelamatkan wanita itu. Apabila ditanya, individu berkenaan mengatakan bahawa dia telah ditinggalkan oleh suaminya kerana berlaku sedikit salah faham.
Simpati dengan nasib wanita itu, lelaki berkenaan kemudiannya menghulurkan bantuan sebelum menghantar pulang ke rumah individu terbabit.
Macam-macam dunia ni, bunuh anak, buang isteri semua.
Alhamdulillah wanita tersebut dah pun saya hantar ke pangkuan suaminya.
Sumber : shatulapan
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
Alhamdulillah wanita tersebut dah pun saya hantar ke pangkuan suaminya.
kat rumah sambung balik gaduh, round #2 
|
|
|
|
|
|
|
|
Akak tu patut tak payah balik rumah yg ada suami dia tu... Balik rumah mak dia or lepak jap kat mana2.. Tengok suami dia masih buat bodo je atau panik mencari... Rasain la kan... Ingat hebat la tu tinggal isteri kat highway... |
|
|
|
|
|
|
| |
|