View: 1033|Reply: 13
|
[Dunia]
Lelaki disahkan hidap cacar monyet di Phuket menghilangkan diri
[Copy link]
|
|
BANGKOK: Pesakit cacar monyet pertama Thailand menghilangkan diri di pulau peranginan Phuket sebaik beliau dimaklumkan mengenai keputusan ujian saringannya.
Pegawai kesihatan dan pihak berkuasa tempatan sedang mempergiat usaha untuk mengesan lelaki berusia 27 tahun itu untuk memberikan rawatan perubatan yang sewajarnya dan membendung penularan penyakit berkenaan.
Ketua Kesihatan Wilayah Phuket Dr. Kusak Kukiattikoon berkata lelaki itu mengalami simptom seperti demam, batuk, sakit tekak, hidung berair dan ruam sejak seminggu lalu dan pada 16 Julai dia diminta menjalani kuarantin di rumah sementara menunggu keputusan ujian makmal.
Bagaimanapun, katanya lelaki itu telah keluar dari apartmennya dan mendaftar masuk ke sebuah hotel selepas dimaklumkan mengenai keputusan ujian saringannya pada 18 Julai.
Keesokan hari lelaki yang telah tinggal melebihi tempoh itu keluar dari hotel dan telefon bimbitnya turut dimatikan.
"Pihak berkuasa kesihatan sedang berusaha mengesan kontak rapat. Sehingga kini, lebih 150 individu telah berhubung dengan lelaki itu. Sehingga kini, tiada seorang pun daripada mereka disahkan positif cacar monyet," katanya pada sidang media di Phuket.
Media tempatan melaporkan sekurang-kurangnya 11 kontak rapat menjalani kuarantin di rumah selama 21 hari.
Sementara itu, Ketua Polis Phuket Mejar Jeneral Sermpan Sirikong berkata berdasarkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV), lelaki itu kali terakhir dilihat di lobi hotel pada Rabu.
"Saya rasa dia mungkin sudah keluar dari Phuket," katanya.
-BERNAMA
|
|
|
|
|
|
|
|
Habeh org telen kulit mulus mulus rosaklaaa.. |
|
|
|
|
|
|
|
jap lagi dengar la kes cacar monyet kat malaysia… bukannya ketat sgt immi. ada byk jalan tikus yo |
|
|
|
|
|
|
|
Kenapalah boleh hilangkan diri, buat naya orang disekeliling je |
|
|
|
|
|
|
|
Keesokan hari lelaki yang telah tinggal melebihi tempoh itu keluar dari hotel dan telefon bimbitnya turut dimatikan.
Tourist?
|
|
|
|
|
|
|
|
Nigerian kata berita Thai. Datang Oktober tahun lepas, duduk kondo dari November. Memang berniat duduk lebih tempoh gayanya.
|
|
|
|
|
|
|
|
kan dah menyusahkan semua pihak...dan lah diri tu bio hazard , isytihar je mamat ni bio hazard. |
|
|
|
|
|
|
|
kam3n replied at 23-7-2022 12:17 PM
Nigerian kata berita Thai. Datang Oktober tahun lepas, duduk kondo dari November. Memang berniat d ...
Memang normal bila tourist duduk berbulan2 kat Thailand legal or otherwise. Ada juga omputih tu jenis gigih menyimpan untuk di'habis'kan di Thailand lepas tu balik negeri sambung kerja kemudian datang lagi. Sama konsep kumpul pahala untuk ke syurga or something like that la kot.
|
|
|
|
|
|
|
|
Berita terkini disyaki dah cabut lari ke Kemboja katanya 
|
|
|
|
|
|
|
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
Dengan kulit hitamnya, i rasa senang nak detect kalau masuk malaysia...sempadan kedah immigrationnya diharap racist |
|
|
|
|
|
|
|
Dah ada kat Thailand pulak.. Dah, lah dah ramai Malaysian start cuti2 ke thai |
|
|
|
|
|
|
| |
|