View: 864|Reply: 10
|
[Tempatan]
Bomba pindah lelaki 260 kg
[Copy link]
|
|
Bomba pindah lelaki 260 kg

Anggota bomba memindahkan seorang lelaki seberat 260 kg yang terperangkap dalam banjir di Kampung Singh, di sini, malam tadi. - Foto ihsan pembaca
SEREMBAN: Pasukan bomba, malam tadi membantu memindahkan seorang lelaki obesiti seberat 260 kilogram (kg) yang terperangkap selepas rumahnya di Kampung Singh, di sini, dinaiki air hingga ke paras pinggang.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Seremban, Timbalan Penguasa Bomba Mohammad Idris, berkata pihaknya menerima panggilan mengenai banjir di Jalan Tok Ungku jam 10.22 malam dan mendapat maklumat mengenai mangsa berusia 40 tahun yang terperangkap.
Beliau berkata, pasukan bomba Seremban dibantu BBP Ampangan bergegas ke lokasi bagi membantu mangsa.
"Kami memakaikan jaket keselamatan dan mengusung keluar lelaki berkenaan sebelum memindahkannya ke Balai Raya Kampung Singh," katanya.
Sementara itu, Pengarah Angkatan Pertahanan Awam (APM) Negeri Sembilan, Lt Kol (PA) Mohd Syukri Md Nor, berkata seramai 330 individu daripada 120 keluarga, terjejas banjir kilat di beberapa kawasan di daerah itu berikutan hujan lebat sejak 7 malam tadi.
Beliau berkata, antara kawasan terbabit adalah Kampung Ismail, Kampung Chedang, Taman Happy, Kampung Sri Mantau serta beberapa kawasan di Rasah dan Rahang.
"Rumah yang dinaiki air berada berdekatan sungai dan kawasan rendah menyebabkan air naik dengan cepat, namun keadaan masih terkawal.
"Paras air paling tinggi naik hingga 0.5 meter di beberapa kawasan, bagaimanapun tiada pusat pemindahan dibuka dan kebanyakan mangsa ditumpangkan di balai raya berhampiran sementara air surut sepenuhnya," katanya.
Sumber:https://www.bharian.com.my/berit ... indah-lelaki-260-kg
|
|
|
|
|
|
|
|
Pasangkan floatation device atau buoy kemudian tolak ja dalam air. |
|
|
|
|
|
|
|
Sebab penyakit ke ada org boleh gemuk mcm tu? Selain drpd mmg suka makan dan sejenis tak aktif. |
|
|
|
|
|
|
|
My God.. tak sangka wujud... 100 kg pun dah rasa cam tenat yakmat nak langkah kaki berjalan  |
|
|
|
|
|
|
|
gemuk is awesome! semoga heshe berusaha untuk slim kan body heshe lepas ni. Kita yang tengok pun rasa mengah. Kesian pun ada. Dah slim nanti boleh la tayang body sado pulak tiiiiiber |
|
|
|
|
|
|
|
green~tea replied at 23-7-2022 02:19 PM
My God.. tak sangka wujud... 100 kg pun dah rasa cam tenat yakmat nak langkah kaki berjalan
Mest kalau duk sebelah bunyi nafas .. |
|
|
|
|
|
|
|
siannya...g lah obesity clinic. hospital gomen pun ada
|
|
|
|
|
|
|
|
iols rasa penyakit sbb kt opis iols yg obesity ni i nampak mkn mcm biasa je. maybe metabolism damage kot....
|
|
|
|
|
|
|
|
Utk yg selalu ckp “aku gemuk pon x susahkan sapa2” |
|
|
|
|
|
|
|
mojarean_X replied at 23-7-2022 03:49 PM
iols rasa penyakit sbb kt opis iols yg obesity ni i nampak mkn mcm biasa je. maybe metabolism dama ...
Org mcm ni kdg2 dpn org lain mmg mkn mcm biasa, dia xkn mkn dpn org lain sbb malu. |
|
|
|
|
|
|
|
Perlu ke ditunjukkan gambar ???? Paling busuk pun blurr kan lah wajahnya. Harap family saman sokabar yg.gatal nih.  |
|
|
|
|
|
|
| |
|