CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1225|Reply: 10

Bayi Mati Dalam Kereta, Bapa Pergi Kerja Tertinggal Anak Di Ruang Parkir

[Copy link]
Post time 25-7-2022 02:33 PM | Show all posts |Read mode
Bayi berusia sekitar setahun ditemui mati di dalam kereta dalam cuaca panas di Bordes, barat daya Perancis baru-baru ini.


Kejadian berlaku selepas bapa anak kecil berusia 14 bulan itu dikatakan terlupa untuk menghantarnya ke pusat bimbingan kanak-kanak.




Bayi berusia 14 bulan ditemui mati di dalam kereta di tempat letak kenderaan di Bordes baru-baru ini. - Google Street View





Mangsa dilaporkan ditinggal di dalam kenderaan di tempat letak kereta di tempat kerja bapanya.


Siasatan awal menunjukkan bahawa mangsa mati akibat sesak nafas dan dehidrasi, kata seorang pendakwa raya, Cecile Gensac.


Difahamkan, ketika kejadian, suhu adalah lebih 22 darjah Celsius.


Pada mulanya, anak kecil itu didapati tidak hadir di pusat bimbangan kanak-kanak.


Ini menyebabkan ibunya berasa bimbang sebelum Perkhidmatan Kecemasan bergegas ke tempat kejadian yang mana mereka cuba menyelamatkan kanak-kanak itu sekitar jam 5 petang.




Sumber: Sinar Harian
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-7-2022 04:22 PM | Show all posts
eh lupa eh, mcm mne boleh lupa.. kesian ank syurga
Reply

Use magic Report

Post time 25-7-2022 04:23 PM From the mobile phone | Show all posts
Nanti boleh produce lagi...
Reply

Use magic Report

Post time 25-7-2022 04:49 PM From the mobile phone | Show all posts
Melayu mana yang tinggal anak dalam kereta di Perancis ni?
Reply

Use magic Report

Post time 25-7-2022 04:53 PM | Show all posts
gomen france kenakan tindakan ape ye
Reply

Use magic Report

Post time 25-7-2022 09:45 PM | Show all posts
nononcrux replied at 25-7-2022 04:22 PM
eh lupa eh, mcm mne boleh lupa.. kesian ank syurga

forgotten baby syndrome namanya

kat Malaysia pun selalu terjadi.

perubahan rutin mendadak, selalunya takde baby, tiba2 bawak baby pegi keje,

muscle memory pula macam auto pilot

masuk kereta, drive ke highway, belok kiri, belok kanan, tekan minyak, tekan brake, bayar tol, belok kiri, belok kanan, parking, amik beg bimbit, keluar kereta, kunci, pegi keje, punch card, buat kerja, lunch, buat kerja, punch card, unlock kereta, masuk kereta, start kereta, repeat process beratus-ratus kali

lama2 jadi muscle memory, badan kita ingat apa dia kena buat bila kita set, "Nak pegi keje."

tapi hari yang tu, kita bawa baby. tapi baby tu tak termasuk arahan di atas. maka terlupa

begitulah kata orang.. wallahualam la kan

ada orang letak kasut baby, botol susu baby, mainan baby dekat dashboard, atau sesuatu untuk mengingatkan dia bawak baby
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 26-7-2022 12:31 PM | Show all posts
Adrif replied at 25-7-2022 09:45 PM
forgotten baby syndrome namanya

kat Malaysia pun selalu terjadi.

tadi pagi aku kena hantar anak sedara aku pergi sekolah pun aku terlupa,
dah sampai traffic light baru teringat. kena pusing balik..
barulah ku faham perasaan ini..
nasib belum sampai ofis..
Reply

Use magic Report

Post time 26-7-2022 02:00 PM | Show all posts
awanysss replied at 26-7-2022 12:31 PM
tadi pagi aku kena hantar anak sedara aku pergi sekolah pun aku terlupa,
dah sampai traffic light  ...

ahahaha, pernah alami gak

budak tu pun diam je dok belakang tak berbunyi, tak bercakap langsung. terkedip-kedip mata tengok luar

dah sampai parking, aku bukak pintu, dia pun bukak pintu sekali nak turun kereta,
terkejut aku pintu belakang terbukak tiba2, baru teringat aku bawak anak orang

suka la dia uncle dia tak bawak pi sekolah
hareyy aku nak jawab ape kat mak dia. bapak dia abang aku, takpe, kalau gaduh boleh tumbuk je
aku takut mak dia
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-7-2022 05:08 PM | Show all posts
biasakan pasang steering lock lepas parking
benda tu pun letak kat seat belakang supaya sentiasa toleh belakang lepas parking
Reply

Use magic Report

Post time 26-7-2022 06:16 PM From the mobile phone | Show all posts
Ok kansel nak suruh husband hantar anak pergi summer  day camp pagi ni
Reply

Use magic Report

Post time 24-11-2024 09:34 AM | Show all posts
Do you want me to?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 07:42 AM GMT+8 , Processed in 0.439622 second(s), 23 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list