CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 517|Reply: 1

[Dunia] China mulakan latihan ketenteraan terbesar di sekeliling Taiwan

[Copy link]
Post time 4-8-2022 02:37 PM | Show all posts |Read mode
China mulakan latihan ketenteraan terbesar di sekeliling Taiwan


HELIKOPTER China melepasi Pulau Pingtan, antara kawasan di China yang paling hampir dengan Taiwan. FOTO AFP


Beijing: China mula melaksanakan latihan ketenteraan terbesar di sekeliling Taiwan yang dijadualkan bermula pada hari ini.

Ia susulan lawatan Speaker Dewan Perwakilan Amerika Syarikat (AS) Nancy Pelosi ke pulau berkenaan.

Pelosi meninggalkan Taiwan pada Rabu lalu selepas lawatan yang membangkitkan ancaman daripada Beijing.

China menganggap Taiwan sebagai sebahagian daripada wilayahnya.

Pelosi yang juga pemimpin ketiga tertinggi di AS adalah pegawai kerajaan paling berprofil tinggi yang melawat Taiwan dalam tempoh 25 tahun.

Pada lawatannya, beliau berkata AS tidak "akan mengabaikan" sekutu demokrasi seperti Taiwan.

Lawatan menyebabkan kemarahan Beijing, yang berikrar mengenai "hukuman" dan mengumumkan latihan ketenteraan di perairan di sekeliling Taiwan.

Latihan itu, dijangka bermula pada 12 tengah hari, akan membabitkan "aktiviti latihan termasuk latihan tembakan", menurut media rasmi China.

Ia akan diadakan di beberapa zon di sekeliling Taiwan - dengan ada daripadanya terletak hanya 20 kilometer dari pantai pulau berkenaan - dan dijangka tamat pada tengah hari Ahad.

Taipei pula dalam reaksinya mengutuk rancangan berkenaan dan memberi amaran bahawa langkah itu mengancam keselamatan wilayah Asia Timur.

Semalam, Biro Maritim dan Pelabuhan Taiwan, mengeluarkan amaran kepada kapal-kapal untuk mengelak kawasan digunakan dalam latihan ketenteraan itu.

Kabinet Taiwan itu berkata, latihan ketenteraan itu akan mengganggu 18 laluan antarabangsa yang melalui wilayah maklumat penerbangan (FIR).

Beijing pula mempertahankan operasi ketenteraan itu sebagai "keperluan dan adil", sambil menyalahkan AS dan sekutunya yang menyebabkan ketegangan.

Taiwan dengan 23 juta penduduk sudah lama hidup dengan kemungkinan penjajahan, namun ancaman itu semakin meningkat ketika pentadbiran Presiden China Xi Jinping.

Sumber:https://www.hmetro.com.my/global ... i-sekeliling-taiwan

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-8-2022 08:50 PM | Show all posts
yeay mari naikkan harga baranggggg
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-11-2024 05:44 PM GMT+8 , Processed in 0.507975 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list