CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1061|Reply: 2

[Politik] Libat urus dengan pelajar, tenaga kerja tentukan cuti hujung minggu Johor

[Copy link]
Post time 4-8-2022 07:37 PM | Show all posts |Read mode
Libat urus dengan pelajar, tenaga kerja tentukan cuti hujung minggu Johor


Onn Hafiz


Johor Bahru: Keputusan cuti hujung minggu negeri ini sama ada kekal atau ditukar ditentukan menerusi libat urus membabitkan 576,691 pelajar dan 1.764 juta tenaga kerja di Johor.

Menteri Besar, Datuk Onn Hafz Ghazi berkata, sebanyak 93 peratus tenaga kerja yang terbabit libat urus berkenaan adalah pekerja swasta.

"Saya mempengerusikan mesyuarat ketiga kerajaan Negeri yang membincangkan penyelarasan semula cuti hujung minggu bagi Johor.

"Hasil dapatan dan perbincangan ini akan disembah untuk mendapatkan pandangan dan perkenan Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar.

"Antara yang hadir pada mesyuarat ini adalah wakil sektor kerajaan, swasta, pendidikan, pemain industri termasuk perbankan dan Persekutuan Majikan-Majikan Malaysia (MEF)," katanya dalam kenyataan hari ini.

Semalam, satu petikan nota ringkas berhubung kononnya kerajaan Johor akan mengumumkan pertukaran cuti hujung minggunya kepada Sabtu dan Ahad yang berkuat kuasa November ini, tular di media sosial.

Pada 14 Jun lalu, kerajaan Johor dilaporkan akan mengkaji semula cuti hujung minggu Jumaat dan Sabtu di negeri ini berikutan banyak keluhan disuarakan rakyat negeri ini.

Onn Hafiz dilaporkan berkata setiap pandangan berhubung pelarasan cuti minggu di Johor diterima dengan baik dan akan diteliti.

Pada 26 Jun lalu pula, kerajaan Johor dilaporkan belum membuat keputusan mengenai pelaksanaan cuti hujung minggu negeri ini yang ketika ini ditetapkan pada Jumaat dan Sabtu.

Dalam pada itu, Onn Hafiz yang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Machap berkata, antara faktor yang diteliti dan menjadi perhatian utama adalah perbezaan cuti antara ibu bapa dan anak-anak.

Katanya, ia menyebabkan mereka sukar untuk meluangkan masa bersama.

"Namun, apa jua yang diputuskan, tahap pendigitalan di negeri ini akan terus diperhebatkan.

"Negeri yang boleh beroperasi secara digital akan lebih memudahkan urusan rakyat dan ekonomi, tanpa mengira hari cuti minggu.

"Peningkatan digital ini sahaja sudah boleh menyumbang kepada kesejahteraan Bangsa Johor, tanpa perlu ke kaunter fizikal," katanya.

Sumber;https://www.hmetro.com.my/mutakh ... hujung-minggu-johor

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-8-2022 07:52 PM | Show all posts
buat syarat je mesy tu... sebenarnya dh ada dah pon keputusan kan
Reply

Use magic Report

Post time 5-8-2022 08:03 AM From the mobile phone | Show all posts
Aku dah tukar cuti ke ahad. Dah macam Mana kalau ahad tu pi kerja Tak efficient ada  je pihak yang cuti.so cut story short,ahad cuti. Jumaat rehat 2.5 jam
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-11-2024 05:42 PM GMT+8 , Processed in 0.055739 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list