View: 636|Reply: 5
|
Pekerja McDonald's Ditembak Kerana Hidang Kentang Sejuk
[Copy link]
|
|
Seorang lelaki di New York yang menembak pekerja McDonald's kerana menghidangkan kentang goreng sejuk kepada ibunya, didakwa dengan cubaan membunuh.
AFP melaporkan, Michael Morgan, 20, menembak pekerja McDonald's berusia 23 tahun di Brooklyn, New York pada Isnin, menurut polis dan New York Post.
New York Post
Mangsa berada dalam keadaan kritikal di hospital.
Insiden itu bermula dengan pertengkaran antara seorang wanita berusia 40 tahun dan mangsa yang didakwa memberinya kentang goreng sejuk, kata tabloid itu.
Wanita itu membuat panggilan video kepada anaknya, Morgan yang menyerbu rangkaian makanan segera dan bertengkar dengan pekerja itu sebelum mereka berdua keluar.
Morgan kemudian menembak pekerja itu, menurut sumber polis yang dipetik oleh New York Post.
New York Post
Tertuduh ditahan beberapa kali atas pelbagai jenayah, kata akhbar tabloid itu.
Morgan juga didakwa dengan tuduhan memiliki senjata api, kata jurucakap Jabatan Polis New York kepada AFP.
Sumber: Sinar Harian |
|
|
|
|
|
|
|
Mcm pernah terjadi kejadian sama sebelum ni. Mesti org tak nak dah kerja mcd kat US. Tak pun kena letak bullet proof screen kat counter. |
|
|
|
|
|
|
|
Macam wild wild west scram you muka pun mat pet dengan seluar londehnya pakej |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by Goodluckdontcry at 5-8-2022 03:20 PM
Bahana senjata API blh dpt dgn mudah..apapun.. black lives matter..so mungkin akn buat demo, mamat black ni mgkin difitnah Dan dikasari pihak polis... harkkkktuihhhh bluerrkk..
Tak Salah ko nak berkompang apa pun matters..tp biarlah ditempatnya..tp klu yg Salah, ko nk back up juga..moga ko pendek umur jela..sia2 je ko hidup..
P/s cercaan den bknlah merujuk kpd kes diatas..cumas secara amnya shj.. |
|
|
|
|
|
|
|
pelaporan berita yang tidak lengkap. wartawan sinar harian pemalas nauzubillah! |
|
|
|
|
|
|
| |
|