View: 1053|Reply: 17
|
Bank Makanan Perlu Diwujudkan Di Setiap PPR, Tapi Dah Ambil Kena Bayar Balik
[Copy link]
|
|
Bank makanan perlu diwujudkan di setiap Projek Perumahan Rakyat (PPR) bagi memudahkan bantuan kepada masyarakat berbanding hanya bergantung pada kerajaan.
Penganalisis Ekonomi, Datuk Dr Madeline Berma berkata, inisiatif itu untuk meningkatkan daya tahan pengurusan dan perbelanjaan isi rumah terutama ketika inflasi.
Menurutnya, bank makanan tersebut perlu diuruskan oleh masyarakat sendiri.
Gambar hiasan
"Ada sesetengah tu mungkin dia memerlukan barangan basah, ada yang perlukan barangan dalam bentuk tin (makan kering) dan sebagainya
"Jadi bank makanan ini mesti diuruskan oleh masyarakat itu sendiri dan bantuan disalurkan di situ.
"Mungkin ada badan bukan kerajaan (NGO) yang boleh sumbangkan (ke bank makanan) dia tak perlu beri pada individu.
"Siapa yang memerlukan akan pergi ke bank makanan itu," katanya memetik laporan Astro Awani.
Jelas Madeline, penubuhan bank makanan setempat itu juga perlu bersistem dengan konsep ambil sebagai pinjaman.
"Apabila dia perlukan, dia pergi sendiri bermakna dia dalam keadaan terdesak.
"erlu ada sistem apa yang dia pinjam (ambil)..contohnya ayam seekor dan sedikit sayur..Jadi nanti dia perlu bayar balik," katanya.
Astro Awani melaporkan Golongan berpendapatan rendah (B40) dan sebahagian yang berpendapatan sederhana (M40) terpaksa mengubah corak perbelanjaan harian mereka akibat peningkatan harga barangan masa kini.
Situasi tersebut menyebabkan kuasa beli isi rumah berkurang dan ia memberi kesan kepada masyarakat terutamanya golongan B40 dan M40.
Perkara itu antara dapatan yang dinyatakan melalui Laporan Meniti Titian Hidup: Memahami Impak Badai Inflasi yang diterbitkan pada Jumaat.
Laporan Meniti Titian Hidup: Memahami Impak Badai Inflasi merupakan dalam kalangan kelompok berpendapatan B40 dan M40 itu adalah hasil kerjasama strategik antara Persatuan Ekonomi Input-Output Malaysia, Astro Awani dan Pusat Kajian Pasaran Buruh Masa Hadapan (EU-ERA) dalam membantu menambah baik instrumen dasar menangani kos sara hidup.
Cerapan data menerusi kaedah purposive sampling pada 23 dan 24 Julai lalu melibatkan 120 sampel dijalankan di 27 penempatan di Lembah Klang dengan 18 daripadanya adalah PPR.
Sumber: Sinar Harian |
|
|
|
|
|
|
|
Yg dok ppr ni ramai warganegara ke patio ke asrama pekerja asing. .sayang kalau bantuan Tak sampai sasaran..lebih lagi sebahagian dah di pau oleh mereka2 tu |
|
|
|
|
|
|
|
waah bagus idea ni, abang support. Selain bank makanan, kelas sivik pun kena bukak di PPR dan wajibkan semua utk ikuti |
|
|
|
|
|
|
|
Pinjam? Takde sapa nak bayar apa yg dipinjam.
Setiap kali kalian meminjamkan barang atau uwang pada orang, kena reset dan lupakan yg korang penah meminjamkan sesuatu kepada orang lain. |
|
|
|
|
|
|
|
reti ke warga ppr bayar balik? |
|
|
|
|
|
|
|
Bagus sistem ni tiru dari sistem jaminan sosial di Eropah. Bila emergency ada tempat untuk rakyat merempat dan kemudian hari akan ditolak semula dari akaun gaji itupun sebulan €25 je |
|
|
|
|
|
|
|
Itu sebab tiada peragut atau rompakan sebab ada hôstel sosial percuma yang provide segala benda-sarapan dinner laundry print cv wifi ubat gigi dll. Tapi sesiapa yang bekerja tak nak pergi situ sewenang-wenang ya sebab tak nak gaji ditolak so semua orang work harder |
|
|
|
|
|
|
|
Sembang mmg mudah. Sewa ppr yg kurang 200 sebulan tu pun ramai culas walaupun kt rumah ada astro, ada tv, aircond, kereta bersusun-susun. Hentikanlah lontar saranan untuk manjakan rakyat. |
|
|
|
|
|
|
|
glump replied at 13-8-2022 08:24 AM
Yg dok ppr ni ramai warganegara ke patio ke asrama pekerja asing. .sayang kalau bantuan Tak sampai s ...
PATI INDON ngaku amik drp FB ni....dlm ati aku..betapa la orng Msia ni semudah tu diperbodohkan(AKU tak msk la...). |
|
|
|
|
|
|
|
Bagi bantuan makanan kepada puak kaki rempit, baling petiais sampah dari tingkat atas, conteng dinding, cop parking, conteng kereta, gituh |
|
|
|
|
|
|
|
Tinggal ppr berpuluh tahun pon tak bayar |
|
|
|
|
|
|
|
Takyah le...ingat lg aritu ada kes org bwk sekeluarga pi perabihkan brg2 kt food bank tu... Ada jgk org claim yg org dpt bantuan2 brg mknan tu pegi jual plk kat org lain...cam ala2 kedai runcit gitu... |
|
|
|
|
|
|
|
idea bangang... nanti pasti 99 % takkan bayaq.. depa rela p lepak hisap rokok sambil KERAjaan zalim ke hulu ke hilir dari usaha majukan diri selepas dihasut oleh pembangang ...
Then trend bodoh majoriti rakyat malaysia ni.. bila mana2 food bank kaa bantuan kununn prihatin kaa.. musti ada minyak masak + gula + kopi + teh... padahal benda2 ni bukan essentials kaa basic food kaa untuk hidop... benda2 ni laaa dok ajaq rakyat malaysia teruih lembik & meminta2.. |
|
|
|
|
|
|
|
Food bank pun kena rompak.. sampai meja pun angkut sekali.
Ala2 Shopee - Buy-Now-Pay-Later payment method! Ujung2 buat tak tau.
|
|
|
|
|
|
|
|
Di ppr , pembahagian daging zakat pun jadi issue... |
|
|
|
|
|
|
|
haahahaha... pinjam konon..
|
|
|
|
|
|
|
|
ini idea yg bijak...
gomen x perlu guna duit tax utk bagi bantuan kpd rakyat...
sebaliknya duit tax tu pemimpin bole ambik..
Contohnya
konsep ini bole praktik utk RM6 billion bina kapal tentera tu..
sepatutnya RM6 bilion tu kena wat kutipan dari rakyat
so, duit tax RM6 billion tu bole bagi pemimpin dan kroni2 mereka termasuk macai2 cybertrooper untuk enjoy x yah keje tapi ada pendapatan lumayan..
tak gitu?
|
|
|
|
|
|
|
| |
|