View: 880|Reply: 10
|
Jadi Bebal Kerana Angau Bercinta, Remaja Rela Suntik Diri Dengan Darah HIV Kekasih
[Copy link]
|
|
Kerana cinta buta, remaja perempuan dari Sualkachi, Assam, India, saggup menyuntik dirinya dengan darah diambil daripada teman lelakinya yang positif HIV.
India Today melaporkan, remaja perempuan itu sangat mencintai teman lelakinya hingga sanggup mempertaruhkan nyawanya.
Foto: India Today
Dia yang kini berusia 15 tahun berkenalan pada mulanya dengan lelaki berkenaan menerusi Facebook.
Teman lelakinya itu berasal dari Satdola di Hajo dan dikatakan positif HIV dan kini, mereka sudah menjalin hubungan cinta selama tiga tahun.
Menurut remaja perempuan itu, mereka berdua tidak dapat dipisahkan.
Dia juga mendakwa melarikan diri dengan teman lelakinya, malah tahu status kesihatan pasangannya yang positif HIV.
Remaja perempuan itu mendakwa mengambil darah teman lelakinya melalui picagari dan menyuntiknya ke dalam badannya.
Sementara itu, polis Hajo menahan remaja lelaki dan perempuan itu dengan meletakkan mereka di bawah pemerhatian perubatan.
Lelaki itu mendakwa menggesa teman wanita itu supaya tidak menyuntik darahnya, tetapi nasihat berkenaan diabaikan.
"Saya tidak peduli apa yang berlaku kepada saya.
"Saya cuma mahu dia dibebaskan secepat mungkin," kata remaja perempuan itu pula.
Difahamkan, remaja perempuan itu menjalani ujian sebanyak dua kali.
Dia mendakwa tidak pergi untuk mengambil laporan ujian pertama, dan mendapat keputusan negatif untuk kali kedua.
Sumber: Harian Metro |
|
|
|
|
|
|
|
Dia mendakwa tidak pergi untuk mengambil laporan ujian pertama, dan mendapat keputusan negatif untuk kali kedua.
Propa ka dek... kenapa tak suntik air nikmat je? Ka itu dah biasa sangat.
|
|
|
|
|
|
|
|
Decaffeinated replied at 14-8-2022 03:30 PM
Propa ka dek... kenapa tak suntik air nikmat je? Ka itu dah biasa sangat.
Dia takmo pecah lobs dah takde dara kot... sbb bawah umur |
|
|
|
|
|
|
|
Baru 15 tahun, mamat tu umur berapa lak?jauh lebih Tua drpd dia ke?
Budak perempuan kalau cinta mati sangat kat lelaki ni biasanya sbb dia kurang kasih sayang dan perhatian drpd bapa dia.
Kalau bapa dia bg kasih sayang yg melimpah ruah hati dia pun tak sempat nak rasa kosong ke apa.
Lagi suka berkepit ngn ayah dia berbanding kuar ngn lelaki lain.
|
|
|
|
|
|
|
|
Bodonya... nak sapa mkn taik n8 |
|
|
|
|
|
|
|
sebab tu org pmpn kawin kene ada wali
psl jatuh cinta ni kdg2 buat sstgh pmpn xle pkir waras
oleh tu jgnla marah pmpn2 yg dpt somi penagih bagai, dah walinya setuju tu watpe?ptut marahkn wali pmpn tu.. |
|
|
|
|
|
|
|
U jump i jump kekdah. Cerdik betul |
|
|
|
|
|
|
|
betullah pepatah bahawa cinta itu buta... |
|
|
|
|
|
|
|
Bodohnya x bertepi kau ni dekkkk |
|
|
|
|
|
|
| |
|