CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1147|Reply: 8

[Tempatan] Wanita bertudung tilik nombor ekor buat ritual agama lain

[Copy link]
Post time 16-8-2022 03:32 PM | Show all posts |Read mode


Wanita bertudung tilik nombor ekor buat ritual agama lain
Oleh NURFAZLEEN SAFINA ABD JAMIL Isnin, 15 Ogos 2022

SEORANG wanita bertudung didakwa sengaja mempersendakan agama Islam, selepas dilihat melakukan ritual agama lain.

Tidak dapat dipastikan agama sebenar wanita itu, namun, dia dipercayai mahu menilik nombor ekor di sebuah altar sembahyang.

Menerusi video tular di laman Twitter, wanita tersebut bertanya tentang cara-cara melakukan upacara penyembahan tersebut kepada seorang lelaki.

Dalam video sama, lelaki itu mengarahkan wanita tersebut membakar tiga batang colok sebelum tunduk tiga kali serta menyatakan hasrat yang ingin dicapai.

"Heng ong huat (semoga semakin kaya).

"Buy Toto kena Toto. Buy 4D kena 4D," kata lelaki tersebut.

Lokasi dan tarikh sebenar kejadian tidak dapat dipastikan tetapi ia dipercayai berlaku di Malaysia berdasarkan loghat kedua-dua individu tersebut.

Rakaman tular itu berlaku ketika negara masih hangat memperkatakan tindakan seorang wanita wanita yang didakwa menghina agama Islam di sebuah kelab di Taman Tun Dr Ismail (TTDI), Kuala Lumpur pada awal bulan lalu.

Wanita yang memperkenalkan dirinya sebagai Siti Amira Abdullah didakwa mempermainkan agama Islam semasa membuat persembahan komedi di Crackhouse Comedy Club, TTDI.

Selepas memperkenalkan diri, Siti Amira membuat kejutan apabila dia yang tampil sopan mengenakan tudung dan baju kurung Kedah tiba-tiba menanggalkan pakaian itu hadapan khalayak ramai.

Dia dilihat mengenakan baju seksi bertali halus (spaghetti strap) berwarna hitam dan skirt singkat paras paha berwarna coklat.

Selain kes itu, terdapat beberapa lagi insiden yang dilihat sengaja mengusik isu agama.

Pada Februari 2019, tular seorang wanita bertudung memegang lilin dan melakukan ritual penyembahan di sebuah tokong, dipercayai berlaku di Sarawak.

Pada Jun tahun sama, seorang lelaki berpakaian kain pelikat dan berkopiah turut melakukan ritual di sebuah tokong kecil di Tanjung Piandang, dekat Parit Buntar, Perak.

Kedua-dua kes tersebut mendapat kecaman daripada orang ramai terutamanya umat Islam di negara ini, berikutan sengaja mencipta provokasi menghina agama.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 16-8-2022 03:32 PM | Show all posts

Reply

Use magic Report

Post time 16-8-2022 04:04 PM From the mobile phone | Show all posts
Ingatkan kat indon.


Reply

Use magic Report

Post time 16-8-2022 04:05 PM | Show all posts
Zaman sekarang pakaian dah tak mencerminkan diri sebenar seseorang tu
Reply

Use magic Report

Post time 16-8-2022 04:36 PM From the mobile phone | Show all posts
sharlenetexas replied at 16-8-2022 04:04 PM
Ingatkan kat indon.

emangnya di malezia..tapi bapak gue malezia..ibu gue indon...
Reply

Use magic Report

Post time 16-8-2022 04:54 PM | Show all posts
Dia Bukan Islam Tapi Hatinya Selesa Bertudung - Ustazah Asma Harap Muslimah 'Terasa'


https://b.cari.com.my/forum.php? ... &highlight=asma

what say you now?

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 16-8-2022 05:04 PM | Show all posts
Edited by BeskotCekelat at 16-8-2022 05:06 PM

Walaupun pakai mask, nampak riak muka macam Cina.
Maybe dia mintak nombor kat Dato' Gong Melayu kot, tu pasal pakai tudung.Nak menghormati "majlis"
Makanan yang dipersembahkan pun nampak macam halal. Beras, air kotak, 3 in 1, buah nenas...  




Reply

Use magic Report

Post time 17-8-2022 11:29 AM | Show all posts
Bibik siapa lah ni time cuti pergi bakar colok.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-8-2022 11:13 PM From the mobile phone | Show all posts
Boyan singapore lah.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-11-2024 04:56 AM GMT+8 , Processed in 0.039864 second(s), 21 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list