View: 6792|Reply: 13
|
Ada 'Pengawas' Katanya - Bomoh Rusia Mengaku Susah Nak Sihir Orang Islam Yang Jaga Ibadah
[Copy link]
|
|
Bomoh Rusia Mengaku Tak Mampu Sihir Orang Islam Yang Jaga Solat
Tular sebuah video di media sosial, di mana seorang bomoh yang dipercayai berasal dari Rusia mengaku mempunyai kesukaran untuk menghantar sihir kepada orang Islam yang menjaga solatnya. Baginya, mereka yang menjaga solat adalah dari kumpulan manusia yang bersih hatinya.
Dalam video yang dimuat naik oleh Cahaya Sakinah di laman Twitter miliknya, kelihatan seorang wanita, iaitu bomoh diwawancara oleh seorang lelaki dalam bahasa Rusia. Mereka membincangkan mengenai pekerjaan wanita terbabit dan mengungkap beberapa persoalan mengenai dunia sihir.
Ketika ditanya, “Adakah lebih sukar untuk mempengaruhi seseorang jika hatinya bersih?” Wanita terbabit menjawab, “Ya, tentu sahaja. Dalam menghadapi pelbagai agama, sangat sukar untuk mempengaruhi orang Islam. Kerana mereka selalu berhubung dengan entiti yang tidak kelihatan.
“Mereka diwajibkan untuk beribadah setiap hari. Maka mereka sentiasa berada dalam semacam ‘kubah pelindung.’ Sangat sukar untuk menyerang mereka. Ketika diserang dengan sihir, orang Muslim ini akan menghadap ‘pengawas’ mereka dalam doa, doa mereka bukan selingan, seperti yang dilakukan orang kristian yang hanya datang ke gereja ketika hidup mereka sempit.
“Kemudian selama lima tahun berikutnya, [orang kristian ini] hilang hubungan dengan tuhan dan ajaran gereja. Muslim memiliki iman dan hubungan yang kuat dengan pelindung mereka dan pelindung ini sangat protektif. Jadi menyerang muslim yang taat pada agamanya sangat sulit dilakukan,” katanya.
Tidak pasti siapakah nama wanita terbabit, namun perkongsiannya telah membuka mata beberapa rakyat muslim di Malaysia tentang betapanya pentingnya menjaga solat.
Melalui perkongsian Siti Nurhazlinda di akaun Twitter miliknya, dia turut mengaku bahawa kebanyakan bomoh akan menghantar sesuatu kepada mangsanya untuk meneliti apakah keperibadian mangsanya. Jika seseorang itu menjaga solat, peluang untuk beliau terkena sihir sangatlah tipis.
“For you information, aku pun ada member ex-bomoh. Dia pun cakap sama. Ramai je orang solat, tapi yang betul-betul khusyuk tu susah nak tembus. Sebab sebelum dia serang orang, dia akan hantar sesuatu yang dia bela untuk observe dulu orang tu alim ke tak. Then baru dia hantar sihir. Tapi dia insaf sekarang.
“Why dia buat macam tu dengan observe dulu bagai? Sebab kalau salah sihir dia boleh mati. Sihir tu berbalik pada dia. Kalau tak dapat target, dia akan hantar kat ahli keluarga lain target yang tak berapa nak ibadah sangat. Senang cerita dia target orang lemah yg lain,” katanya.
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
tp nanti org lain akan ckp jin belaan dia lg kuat. bukan sebab solat, zikir, ngaji semua. |
|
|
|
|
|
|
|
Knp witch sume spesen je. Kira dlm movie tu betullah dia portray tukang sihir |
|
|
|
|
|
|
|
Menakutkan lah muka perempuan tu |
|
|
|
|
|
|
|
keh keh keh
dan ingatlah, tipu daya iblis itu amat licik...
di hadirkan seorang ahli sihir menceritakan rahsia mereka..
dan bagaimana mereka tak dapat menembusi orang muslim kononnya...
maka selepas ini, semakin ramailah yang berpegang..solat itu akan menyelamatkan mereka dari gangguan sihir..
maka hujungnya, solat itu menjadi tangkal pula kepada muslim...
sedang solat itu kerana Allah..tiada syarikat dengan sesuatu...
maka tergelincir sudah aqidah..maka mudahlah mereka masuk dan menyesatkan kita...
dan juga, akan menaikkan keriakan untuk orang muslim itu sendiri..
kembang2 hidung mereka kerana mereka muslim dan mereka selamat..
kononnya...maka terbuka luas lah pintu untuk iblis menjalankan kerja mereka...
kerana riak nya muslim itu...
lupa kita, yang bagi selamat tu adalah Allah sajo...
DIA boleh selamatkan sapa yang DIA berkehendak..solat ataupun tidak, muslim ataupun kafir..
diperkenankan kepada iblis untuk merosakkan anak2 Adam dengan syarat...
Jika mereka lupa kepada AKU
keh keh keh
|
|
|
|
|
|
|
|
ada benarnya hujah Ah_Kwan ni
|
|
|
|
|
|
|
|
Sekali tengok rupa dia mcm i. Gaya, cara bercakap sama. I pun penyihir jugak. Tp sihir putih la i mengubat org |
|
|
|
|
|
|
|
Ah_Kwan replied at 17-10-2022 10:11 AM
keh keh keh
Terima kasih apek atas ingatan.
Mula tu sifat ujud, then riak kemudian takbur. Penyakit hati ni yg plg bahaya. Nak kena selalu sebut Ila hiya Anta Maqsudi, Waridha ka mathlubi...nak ingatkan diri bila rasa mcm nak tergelincir aja |
|
|
|
|
|
|
|
Ah_Kwan replied at 17-10-2022 10:11 AM
keh keh keh
betul jugak ek. niat solat yg utama ikut suruhan Allah dan nk Allah redha dan ampun la kan. sbb mmg ade pon org pakai solat sbb nk sembuh mental sgala, tp bila tak sembuh atau hidop dh senang, terus tak solat balik. huhu mmg kena betul kn niat. ade pernah tgk ceramah dr maza, dia kata bnde2 ni mmg akan kacau kita smpi kita pulak jadi nak buat syirik. |
|
|
|
|
|
|
|
betul tu..peringatan yang amat bagus..
|
|
|
|
|
|
|
|
setiap amal perlu disertakan dgn niat ..
niat kerna Allah, dapat pahala ..
klau niat sebab nak sesuatu .. makanya, hanya sesuatu itulah yg kita dapat .. |
|
|
|
|
|
|
|
kt oversea pon ade bomoh eh
fuhh |
|
|
|
|
|
|
| |
|