CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 376|Reply: 0

[Pulau Pinang] Azimat Farah Ann barakan semangat Zarith Imaan

[Copy link]
Post time 19-9-2022 10:01 PM | Show all posts |Read mode
Azimat Farah Ann barakan semangat Zarith Imaan

oleh SHAHRIZAL AHMAD ZAINI 19 September 2022 08:49pm






Zarith Imaan berjaya meraih tiga pingat emas dan satu perak dalam keempat-empat disiplin yang dipertandingkan bagi acara berkenaan.




ATLET gimnastik artistik Pulau Pinang, Zarith Imaan Khalid mengakui kata-kata bekas ratu gimnastik negara, Farah Ann Abdul Hadi bahawa dia bakal menjadi penggantinya suatu hari nanti membakar semangatnya untuk memberikan yang terbaik bagi acara gimnastik artistik di Gimnasium 3, Majlis Sukan Negara (MSN) sempena Sukan Malaysia (Sukma) MSN 2022 pada Isnin.

Menurut atlet berusia 19 tahun itu, kata-kata Farah Ann itu ternyata menjadi azimat buatnya hingga berjaya meraih tiga pingat emas dan satu perak dalam keempat-empat disiplin yang dipertandingkan bagi acara berkenaan.

“Saya rasa gembira dan dihargai apabila dia (Farah Ann) berkata demikian. Lagi pun, dia senior dan saya belajar daripadanya.

“Apa pun, saya perlu berusaha dengan lebih keras untuk menjadi seperti dia suatu hari nanti,” katanya pada Isnin.

Sebagai rekod, dalam acara gimnastik artistik, Zarith Imaan meraih emas bagi disiplin Palang Bertingkat, Batang Titian dan Senaman Lantai selain meraih perak bagi acara Melombol.

Temasya Sukma kali ini merupakan kedua buat Zarith Imaan setelah beraksi di Sukma Perak 2018.

Mengulas mengenai prestasinya, Zarith Imaan nyata berbangga kerana mampu memenangi emas dalam tiga disiplin yang disertai biarpun mengalami kecederaan ringan pada bahagian kaki.

Bagaimanapun, katanya, semangatnya untuk meraih kejayaan bagi acara berkenaan telah membuatkannya ‘lupa’ seketika terhadap kecederaan dialaminya itu.




“Saya mengalami kecederaan sedikit, tetapi tidak terlalu serius dan masih boleh meneruskan kesemua disiplin. Saya gembira kerana berjaya menghabiskan kesemua disiplin bagi gimnastik artistik kali ini,” ujarnya.


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-2-2025 06:25 PM GMT+8 , Processed in 0.176233 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list