View: 629|Reply: 0
|
Ferrari akui hilang mentaliti Schumacher
[Copy link]
|
|
FERRARI masih belum mampu untuk keluar daripada zaman kejatuhan biarpun mereka menunjukkan prestasi lebih baik musim ini. – AFP
LONDON – Prinsipal Ferrari, Mattia Binotto menegaskan bahawa pasukan Itali tersebut hilang mentaliti sang juara semenjak era kegemilangan legenda Formula Satu (F1), Michael Schumacher.
Ferrari mendominasi perlumbaan separuh dekat pada abad ini selepas merakam enam gelaran kategori pengeluar dari 1999 hingga 2004 yang ketika itu Schumacher menjadi juara dunia lima tahun berturut-turut sejak edisi 2000.
Pasukan Itali itu melengkapkan kejuaraan berganda sekali lagi pada 2007 bersama Kimi Raikkonen selepas pemandu Finland tersebut merangkul gelaran dunia dan juga Ferrari turut mempertahankan gelaran pengeluar pada 2008.
Bagaimanapun, musim ini, Ferrari sekali lagi dihimpit masalah apabila gelaran kategori pengeluar masih gagal diperoleh sekali gus menjadikan ia tahun ke-14 pasukan itu berjuang tanpa sebarang gelaran.
Musim 2022, ramai menganggap pasukan itu akan berjaya keluar dari zaman gelap sejurus Charles Leclerc memenangi dua daripada tiga perlumbaan pertama kempen ini, tetapi pasukan Ferrari dihantui oleh beberapa siri kesilapan.
Binotto menerima banyak kritikan dan prinsipal pasukan Itali itu beberapa kali cuba mempertahankan strategi perlumbaan mereka, walaupun beberapa kesilapan menyebabkan Leclerc kehilangan mata berharga dan kemenangan perlumbaan.
“Mentaliti kemenangan pada masa itu adalah Schumacher sendiri dan itu mendorong anda untuk melakukan yang lebih baik selepas setiap kemenangan.
“Di Montmelo dan Baku kami menghadapi masalah meskipun ketika itu kami mendahului.
“Kami datang dari musim yang sangat sukar apabila berada kedudukan keenam keseluruhan kategori pengeluar 2020. Ini adalah tahun di mana kami berdepan tekanan dan kritikan.
“Kami berjanji kami akan berdaya saing semula dan kami telah mengotakan janji itu, tetapi apa yang saya ingin katakan ialah antara memiliki jentera berprestasi dan pemandu, masih ada satu langkah lagi yang kami perlu buat untuk mencapai kejayaan,” kata Binotto. – AGENSI
https://www.kosmo.com.my/2022/09 ... ntaliti-schumacher/ |
|
|
|
|
|
|
| |
|