CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 333|Reply: 0

[Kedah] Lapan nelayan ditahan langgar syarat sah tangkap ikan

[Copy link]
Post time 2-10-2022 02:29 PM | Show all posts |Read mode

Lapan nelayan tempatan ditahan Maritim Malaysia Zon Maritim Kuala Kedah kerana disyaki menangkap ikan tanpa syarat sah lesen di perairan Pulau Bunting, Yan. - Foto ihsan Maritim Malaysia

ALOR SETAR: Lapan nelayan ditahan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Zon Maritim Kuala Kedah kerana disyaki melanggar syarat sah lesen ketika menangkap ikan.

Nelayan tempatan itu ditahan dalam pemantauan Op Aman di kedudukan 0.4 batu nautika timur laut Pulau Bunting, Yan pada jam 11.13 pagi semalam.

Pengarah Zon Maritim Kuala Kedah, Komander Maritim Noor Azreyanti Ishak, berkata bot nelayan tempatan yang berpangkalan di Bagan Tiang, Perak itu disyaki melakukan dua kesalahan dengan melanggar kawasan aktiviti perikanan dan lesen menangguk siput dipercayai tamat tempoh sejak 2020.

Beliau berkata operasi pemantauan itu dilakukan berikutan aduan awam yang diterima oleh pihak Maritim Malaysia berkaitan kehadiran beberapa bot nelayan tempatan yang bernombor pendaftaran dari Perak di lokasi terbabit.


"Hasil pemeriksaan awal mendapati bot nelayan tempatan yang dikendalikan lapan kru berusia antara 18 hingga 47 tahun itu penuh dengan muatan siput bayam yang dianggarkan sebanyak 700 kilogram.

"Berikutan itu bot, enjin berserta hasil tangkapan yang dianggarkan bernilai RM21,050 dibawa ke Jeti Zon Maritim Kuala Kedah untuk tindakan lanjut.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 8 (b) Akta Perikanan 1985," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Noor Azreyanti berkata, bagi kesalahan mengikut Seksyen 8 (b) Akta Perikanan 1985, mereka boleh didakwa atas kesalahan melanggar syarat lesen.

Beliau berkata, jika sabit kesalahan boleh didenda tidak melebihi RM20,000 atau penjara tidak lebih dua tahun atau kedua-duanya sekali.

Zon Maritim Kuala Kedah turut mengalu-alukan aduan mengenai sebarang aktiviti jenayah atau kecemasan di laut boleh disalurkan melalui talian kecemasan 24 jam MERS 999 atau Pusat Operasi Maritim Malaysia Zon Maritim Kuala Kedah di talian 04-7310579.
https://www.bharian.com.my/berit ... at-sah-tangkap-ikan
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-2-2025 11:42 PM GMT+8 , Processed in 0.941158 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list