CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 406|Reply: 0

[Pulau Pinang] Lubang besar atas jalan

[Copy link]
Post time 2-10-2022 09:40 PM | Show all posts |Read mode
Lubang besar atas jalan

Nur Izzati Mohamad
[email protected]



Gambar tular menunjukkan lubang besar akibat tanah mendap di Jalan Bagan Lalang.




Butterworth: Jalan Bagan Lalang di sini terpaksa ditutup sementara atas faktor keselamatan berikutan wujudnya lubang besar akibat tanah mendap.

Pejabat Jurutera Jabatan Kerja Raya (JKR) Daerah Seberang Perai Utara dalam laporannya hari ini memaklumkan, menerima aduan daripada pengguna jalan raya berhubung lubang itu pada 4.30 petang.

"Pengguna beritahu menemui lubang besar pada permukaan jalan di kawasan saluran pembentung Indah Water Konsortium (IWK).

"Berikutan itu, pihak JKR mengambil tindakan menutup sementara sebahagian jalan berkenaan dan kerja pembaikan kekal pula sedang diselaraskan bersama pihak IWK," katanya.

Menurut laporan itu, JKR akan menyediakan laluan alternatif sekiranya perlu.

"Pada masa ini, laluan berkenaan masih dibuka kepada kenderaan ringan," katanya.

Terdahulu, gambar jalan berlubang itu tular di media sosial dan mencetuskan kebimbangan pengguna jalan raya dan mendesak pembaikan segera bagi mengelak kejadian tidak diingini.



Disiarkan pada: Oktober 2, 2022 @ 9:20pm


sumber


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-2-2025 11:42 PM GMT+8 , Processed in 0.450541 second(s), 11 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list