CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 331|Reply: 0

[Kedah] Remaja 19 tahun ditemukan tergantung di dapur

[Copy link]
Post time 3-10-2022 11:04 AM | Show all posts |Read mode

GAMBAR hiasan

Alor Setar: Seorang remaja lelaki ditemukan mati tergantung di ruang dapur rumahnya di sebuah kawasan perumahan di Kuala Kedah di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Ahmad Shukri Mat Akhir berkata, pihaknya dimaklumkan kejadian itu selepas menerima panggilan penemuan mayat lelaki berkenaan dari seorang lelaki petang semalam.

Beliau berkata, lelaki berusia 19 tahun itu ditemui oleh abangnya yang baru pulang dari laut sekitar jam 4 petang.


"Hasil temu bual dengan abang si mati, dia memaklumkan ternampak adiknya dalam keadaan tergantung di ruang dapur rumah mereka.

"Si mati adalah anak bongsu dari empat beradik dan bekerja sendiri," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Ahmad Shukri berkata, siasatan awal percayai remaja itu meninggal dunia sekitar jam 12 tengah hari hingga 4 petang.

"Mayat dihantar ke Hospital Sultanah Bahiyah untuk tindakan lanjut dan setakat ini kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut," katanya.

https://www.hmetro.com.my/mutakh ... tergantung-di-dapur

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-3-2025 12:20 AM GMT+8 , Processed in 0.152113 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list