CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 364|Reply: 0

[Pulau Pinang] Kerajaan digesa tamatkan penggunaan amalgam pergigian

[Copy link]
Post time 11-10-2022 01:41 PM | Show all posts |Read mode
Kerajaan digesa tamatkan penggunaan amalgam pergigian

Zuhainy Zulkiffli
[email protected]



Mohideen Abdul Kader




Georgetown: Kerajaan digesa menamatkan penggunaan amalgam pergigian kepada pesakit berusia bawah 15 tahun, wanita hamil dan menyusu dengan menggunakan bahan tampalan pergigian bebas merkuri yang selamat, berkesan dan berkualiti.

Presiden Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP), Mohideen Abdul Kader berkata, ia adalah bagi melindungi rakyat dan alam sekitar daripada terus terdedah kepada produk toksik berkenaan.

Katanya, amalgam pergigian yang terdiri daripada 50 peratus merkuri adalah toksik dan tidak konsisten dengan persekitaran serta pergigian moden.

Menurutnya, selepas sedekad kajian dan larangan separa, Kesatuan Eropah sudah bersedia bagi menetapkan tarikh tamat penggunaannya seperti yang berlaku di tempat lain di dunia.

"Ketika Kesatuan Eropah beralih kepada pergigian bebas merkuri 100 peratus, masyarakat sivil Asia pula mendesak supaya perdagangan amalgam berakhir.

"Sama ada membenarkan perdagangan amalgam ke negara membangun, ia masih dalam pertimbangan, jadi masyarakat sivil Asia mahu menetapkan bahawa perdagangan amalgam mesti berakhir serentak dengan penggunaannya," katanya menerusi kenyataan di sini, hari ini.

Mengulas lanjut Mohideen berkata, di Malaysia terdapat sekatan tertentu terhadap penggunaan amalgam, contohnya bagi kumpulan berisiko tinggi.

Katanya, program Kesihatan Pergigian Malaysia juga terus menyokong pengurangan penggunaan amalgam tanpa menetapkan sasaran masa.

"CAP bersama 13 lagi pertubuhan bukan kerajaan (NGO) alam sekitar dari 10 negara Asia juga sudah menghantar surat kepada Suruhanjaya Eropah pada 5 Oktober lalu bagi menyeru pemberhentian eksport amalgam pergigian dari Eropah.

"Eksport amalgam ke Asia mungkin menyebabkan kebanyakan merkuri daripada amalgam dilepas ke alam sekitar kerana di kebanyakan tempat tidak terdapat infrastruktur kawalan sisa yang mencukupi bagi melindungi alam sekitar daripada bahan itu," katanya.

Menurut Mohideen, di seluruh Asia, kerajaan dan masyarakat sivil sedang berusaha bagi beralih daripada amalgam dan ke arah pergigian tanpa merkuri.

Manakala Filipina, Nepal dan Indonesia sudah menghapus sepenuhnya penggunaan amalgam pada jadual waktu.

"Sementara negara Vietnam juga sudah menamatkan penggunaan amalgam bagi kanak-kanak, wanita hamil dan menyusu," katanya.




Disiarkan pada: Oktober 11, 2022 @ 1:08pm


sumber


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-3-2025 12:23 AM GMT+8 , Processed in 1.423886 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list