View: 528|Reply: 0
|
Rins takluk GP Australia
[Copy link]
|
|
RINS (tengah) bersama Marquez (kiri) dan Bagnaia di pentas podium. FOTO EPA
Phillip Island: Pelumba Sepanyol, Alex Rins memenangi saingan MotoGP di Grand Prix (GP) Australia hari ini ketika pendahulu kejuaraan dunia, Fabio Quartararo gagal menamatkan perlumbaan.
Pelumba Suzuki itu yang bermula di petak ke-10, menamatkan saingan 0.186 saat di hadapan sensasi Sepanyol, Marc Marquez manakala Francesco Bagnaia di tempat ketiga sekali gus menduduki tangga teratas kejuaraan pelumba.
Bagnaia memulakan perlumbaan hanya dua mata di belakang penyandang juara dunia, Quartararo dalam perebutan gelaran dan kini menuju ke GP kedua terakhir musim ini di Malaysia dengan kelebihan 14 mata.
"Ia sangat menakjubkan dapat meraih kemenangan ini," kata Rins yang teruja selepas meraih kemenangan keempat di MotoGP dalam kariernya.
Quartararo yang menunggang Yamaha bermula di tempat kelima tetapi melakukan kesilapan besar di selekoh lima pusingan keempat sehingga menyaksikannya terperosok di tempat ke-22.
Dia kemudian mencatatkan masa sepusingan terpantas dalam usahanya untuk kembali memburu mata tetapi hilang kawalan di selekoh pusingan ke-10 sekali gus gagal menamatkan perlumbaan.
Sensasi Perancis itu kini gagal mengutip mata dalam tiga GP terakhir sekali gus menyaksikan harapannya untuk mempertahankan gelaran juara dunia semakin sukar.
https://www.hmetro.com.my/arena/ ... takluk-gp-australia |
|
|
|
|
|
|
| |
|