CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 517|Reply: 1

[Pulau Pinang] JPJeBid kutip RM286 juta hasil 124 siri bidaan

[Copy link]
Post time 21-10-2022 10:51 PM | Show all posts |Read mode
JPJeBid kutip RM286 juta hasil 124 siri bidaan

Oleh Siti Aminah Mohd Yusof - Oktober 21, 2022 @ 7:10pm[email protected]






BUTTERWORTH: Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) mencatat kutipan berjumlah RM286 juta menerusi perkhidmatan sistem bidaan nombor pendaftaran kenderaan dalam talian, JPJeBid, dalam tempoh kurang 10 bulan tahun ini.

Ketua Pengarahnya, Datuk Zailani Hashim, berkata jumlah kutipan itu diperoleh melalui 124 siri bidaan di seluruh negara, setakat ini, dengan purata kutipan bagi setiap siri itu ialah RM2.3 juta.

"Apabila nombor siri dikeluarkan, orang ramai boleh membida tanpa perlu hadir ke pejabat JPJ serta mengisi borang, selain tidak perlu membuat draf bank kerana urusan pembayaran boleh dilakukan secara dalam talian menggunakan e-dompet, kad debit dan sebagainya.

"Sebagai contoh jika pembida di Johor hendak membida nombor di Pulau Pinang, tiada masalah kerana sesiapa saja boleh membida nombor yang diminati mereka tanpa mengira lokasi," katanya kepada pemberita selepas melancarkan perkhidmatan kaunter pandu lalu di pekarangan Pejabat JPJ Pulau Pinang di Seberang Jaya, di sini, hari ini.

Sementara itu mengulas mengenai kemudahan kaunter pandu lalu terbabit pula, Zailani berkata, ia menawarkan empat jenis perkhidmatan, iaitu pembaharuan Lesen Kenderaan Motor (LKM), pembaharuan Lesen Memandu Malaysia (LMM), pertukaran Lesen Memandu Percubaan (PDL) serta Lesen Memandu Kompeten (CDL), dan pembayaran saman terkini.

Sebagai rekod, JPJ Pulau Pinang menerima kunjungan kira-kira 3,000 pelanggan setiap hari sepanjang tempoh operasi membabitkan 53 kaunter, termasuk kaunter di Pusat Transformasi Bandar (UTC) di seluruh negeri ini.

Beliau berkata, ia merupakan antara mod perkhidmatan JPJ selain kaunter biasa, kemudahan JPJ bergerak dan kios untuk kemudahan orang ramai.

"Dalam masa terdekat, JPJ akan melancarkan kaunter pandu lalu seumpama ini ke Perak, Kelantan, Terengganu dan Negeri Sembilan, malah kita merancang untuk memperkenalkan perkhidmatan ini ke seluruh negara.

"Bagi perkhidmatan model terbaharu, kios, kita akan memastikan 100 unit kios ditempatkan di seluruh negara. Selain mesra orang kurang upaya (OKU), kemudahan itu juga lebih efisien
membabitkan tempoh sepantas lima minit saja," katanya.




Perkhidmatan kaunter pandu lalu di pekarangan Pejabat JPJ Pulau Pinang di Seberang Jaya. - NSTP/MIKAIL ONG









Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 21-10-2022 10:53 PM | Show all posts

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-3-2025 04:48 AM GMT+8 , Processed in 0.050910 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list