CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 328|Reply: 0

[Pulau Pinang] CAP gesa batalkan lesen pemandu mabuk

[Copy link]
Post time 24-10-2022 06:27 PM | Show all posts |Read mode
CAP gesa batalkan lesen pemandu mabuk

Oleh    MOHD ISKANDAR OTHMAN   24 Oktober 2022    05:30pm

Subbarow (Laporan Sinar Harian pada Ahad.)




GEORGETOWN - Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) mencadangkan agar membatalkan lesen memandu seumur hidup terhadap mereka yang memandu dalam keadaan mabuk hingga menyebabkan kematian.

Pegawai Pendidikan CAP, NV Subbarow berkata, tindakan tegas itu antara yang perlu dipertimbangkan oleh pihak berkuasa agar kejadian meragut nyawa akibat perbuatan pemandu tidak bertanggungjawab dapat dibanteras.

Menurutnya, hal ini kerana pemandu mabuk dilihat tidak bimbang dengan undang-undang sedia ada dan tidak mempedulikan kehidupan orang lain dengan meneruskan pemanduan meskipun berada dalam pengaruh alkohol melebihi had ditetapkan.

"Walaupun kejadian kemalangan maut disebabkan pemandu mabuk sering dilaporkan malah ia kini semakin meningkat dan dilihat tidak memberi pengajaran buat mereka (pemandu mabuk).

“Kita menggesa Kementerian Pengangkutan dan Polis Diraja Malaysia mengenakan hukuman berat kepada pemandu yang mabuk dan menyebabkan kematian.

“Hukuman berat kepada pemandu berkenaan perlu dikenakan kerana menyebabkan kematian terhadap orang yang tidak bersalah," katanya dalam kenyataan di sini, pada Isnin.

Subbarow berkata, pihak berkuasa perlu sentiasa melakukan pemeriksaan dan mengesan pemandu mabuk terutama pada setiap hujung minggu.

“Apa juga alasan untuk memandu dalam keadaan mabuk dan mendatangkan bahaya kepada orang yang tidak bersalah tidak boleh diterima, apatah lagi pada zaman sekarang yang menyediakan pelbagai perkhidmatan pengangkutan awam termasuk e-hailing,” katanya.




Pada Ahad media melaporkan, seorang wanita maut manakala seorang lagi wanita parah akibat dilanggar pemandu kereta mabuk ketika melintas jalan di Jalan Banting-Kajang (Jalan Reko) berhampiran simpang masuk ke Taman Sri Langat, Selangor.




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-3-2025 04:42 AM GMT+8 , Processed in 0.106706 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list