CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 344|Reply: 0

[Pulau Pinang] CAP gesa pihak berkuasa siasat ladang ayam

[Copy link]
Post time 25-10-2022 03:49 PM | Show all posts |Read mode
Edited by sfhzuraz at 25-10-2022 03:51 PM

CAP gesa pihak berkuasa siasat ladang ayam

Zuhainy Zulkiffli
[email protected]



GAMBAR hiasan




Georgetown: Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) menyeru pihak berkuasa berkaitan supaya menyiasat semua ladang ayam di negara ini bagi memastikan ia mematuhi peraturan keselamatan makanan.

Kaedah penternakan ayam perlu dilihat semula kerana ia dibimbangi boleh menyumbang kepada pencemaran bakteria Salmonella Enteritidis.

Presiden CAP Mohideen Abdul Kader berkata, laporan baru-baru ini mengenai telur dari ladang Teo Seng Capital Berhad yang digantung pihak berkuasa Singapura menunjukkan rakyat Malaysia dinilai sebagai pengguna kelas kedua mengenai keselamatan makanan.

Katanya, telur itu ditolak kerana didapati tercemar dengan bakteria Salmonella Enteritidis dan sekali lagi pihak berkuasa mengatakan telur itu tidak dijual di Malaysia serta hanya beberapa ladang sahaja yang terjejas.

"Pelik kejadian sebegitu tidak diketahui oleh pihak berkuasa tempatan kita lebih awal walaupun dianggarkan rakyat Malaysia mengambil 30 juta telur setiap hari.

"Memandangkan keadaan itu ramai pengguna Malaysia mungkin secara tidak sedar sudah mengambil telur yang tercemar dengan bakteria Salmonella Enteritidis hingga menyebabkan cirit-birit, sakit perut, demam, loya dan muntah," katanya menerusi kenyataan di sini, hari ini.

Mengulas lanjut, Mohideen berkata, iIa bukan kali pertama produk Malaysia ditolak di negara luar.

"Misalnya pada 2020, pihak berkuasa Singapura menarik balik jaluran tembikai musim sejuk kerana didapati mengandungi sulfur dioksida melebihi had maksimum yang dinyatakan dalam Peraturan Makanan Singapura.

"Manakala pada 2019, air mineral botol ditarik balik oleh pihak berkuasa Singapura kerana didapati mengandungi Pseudomonas aeruginosa iaitu bakteria biasa yang terdapat dalam najis, tanah, air dan kumbahan," katanya.

Sehubungan itu, CAP menggesa supaya satu jawatankuasa ditubuhkan bagi menyiasat kelemahan sistem pemantauan berkaitan keselamatan makanan di negara ini.

"Laporan berulang mengenai produk makanan Malaysia yang tidak selamat oleh pihak berkuasa luar negara jelas menunjukkan pemantauan keselamatan makanan di negara ini tidak mencukupi," kata Mohideen.




Disiarkan pada: Oktober 25, 2022 @ 2:55pm









Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-3-2025 04:30 AM GMT+8 , Processed in 0.052917 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list