CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 391|Reply: 0

[Pulau Pinang] Negara perlu pemimpin beriman, berakhlak mulia: Mufti

[Copy link]
Post time 26-10-2022 10:31 AM | Show all posts |Read mode
Negara perlu pemimpin beriman, berakhlak mulia: Mufti

oleh   SYAJARATULHUDA MOHD ROSLI  26 Oktober 2022   09:17am






Wan Salim




GEORGETOWN - Pengundi disarankan memilih calon pemimpin berdasarkan Siyasah Syariyyah dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Mufti Pulau Pinang, Datuk Seri Dr Wan Salim Wan Mohd Noor berkata, negara memerlukan seorang pemimpin yang beriman, tidak mengabaikan kewajipan agama, taat beribadah, berakhlak mulia serta menghindari perbuatan-perbuatan maksiat.

Menurutnya, calon yang bakal dipilih juga perlu seorang yang ikhlas dalam berkhidmat kepada rakyat dan bersedia untuk membela nasib rakyat serta berjuang mencapai kepentingan mereka.

"Negara juga memerlukan pemimpin yang amanah, berintegriti, tidak rakus kepada harta benda selain tidak mengambil kesempatan terhadap jawatan dan kedudukannya untuk mengaut kekayaan.

"Saya menasihatkan pengundi supaya memilih bakal pemimpin dengan cermat. Jangan memilih pemimpin yang diketahui sebagai pengkhianat kepada negara, agama dan rakyat.

"Selain itu, jangan memilih semula orang yang terbukti tamak kepada kekayaan untuk diri, keluarga dan kroni dengan mengabaikan nasib rakyat. Paling penting, jangan memilih calon daripada kalangan yang menyeru atau memperjuangkan maksiat seperti pendukung lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT)," katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.

Wan Salim berkata, rakyat sepatutnya memilih pemimpin yang cakna kepentingan masyarakat dan prihatin terhadap kesusahan mereka tanpa mengira latar belakang etnik dan agama.

"Islam tidak melarang umatnya mencalonkan orang bukan Islam sebagai pemimpin sekiranya pemimpin itu tidak memusuhi agama dan umat Islam.




"Selain itu, Islam juga tidak menghalang untuk memilih calon bukan Islam yang diyakini akan memberi khidmat yang baik kepada negara dan rakyat," katanya.

Dalam pada itu, Wan Salim juga memberi panduan dalam mengangkat pemimpin muda tanpa meminggirkan pemimpin senior mengikut perspektif Islam.

"Kita perlu mengikut Rasulullah SAW yang menggandingkan antara kedua-dua golongan ini iaitu pemimpin muda dan senior.

"Antara contoh adalah Baginda melantik golongan senior seperti Abu Bakar dan Umar sebagai pemimpin yang sentiasa dirujuk untuk mendapat nasihat dan pandangan tentang pelbagai isu berkaitan umat dan negara," katanya.

Tambah beliau, gabungan pemimpin muda dan senior amat membantu kerana masyarakat memerlukan pemimpin berpengalaman dan baru secara serentak.

"Golongan senior mempunyai pengalaman yang luas, kematangan fikiran, kebijaksanaan, ketenangan dalam menghadapi cabaran dan kekusutan, berpandangan jauh di samping mendapat penghormatan masyarakat.

"Sementara itu, golongan muda juga ada keistimewaan yang mesti diakui dan dimanfaatkan untuk kebaikan dan kemajuan negara antaranya memiliki semangat juang yang kental, wawasan yang tinggi, kekuatan tekad dan azam.

"Golongan muda ini juga mempunyai kekuatan tenaga fizikal serta sentiasa bersedia untuk berbakti selain berkorban demi negara dan bangsa dengan menjulang tinggi prinsip yang diyakini," katanya.







Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-3-2025 04:45 AM GMT+8 , Processed in 0.045737 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list