CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 370|Reply: 0

[Kedah] Enam sekeluarga terperangkap banjir diselamatkan

[Copy link]
Post time 27-10-2022 04:54 PM | Show all posts |Read mode

PASUKAN menyelamat melakukan operasi pemindahan mangsa banjir kilat di Kampung Telok, Mukim Binjal di Kubang Pasu, malam tadi.


KUBANG PASU: Enam sekeluarga terperangkap di rumah mereka yang terletak di seberang sungai akibat banjir kilat di Kampung Telok, Mukim Binjal di sini, malam tadi.

Bagaimanapun, kesemua mereka yang terdiri daripada seorang warga emas lelaki, masing-masing seorang lelaki dan wanita dewasa serta dua kanak-kanak dan seorang remaja berjaya diselamatkan.

Kedua-dua kanak-kanak lelaki itu berusia lima dan lapan tahun, manakala remaja perempuan berumur 14 tahun.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat Kedah, Penguasa Kanan Bomba I Mohamadul Ehsan Mohd. Zain berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian itu pada pukul 7.39 petang.

Katanya, Pasukan Keluaran Operasi (PKO) yang tiba ke tempat kejadian meredah air sedalam kira-kira 1.2 meter untuk ke rumah mangsa.

“Kesemua mangsa berjaya dibawa keluar dengan selamat, namun seorang kanak-kanak lelaki berusia lapan tahun mengalami kekejangan kaki.

“Dia kemudiannya dikejarkan ke Hospital Jitra untuk tindakan dan rawatan susulan serta kini berada dalam keadaan stabil,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut Mohamadul Ehsan, operasi menyelamat dan pemindahan mangsa oleh pihaknya ditamatkan pada pukul 11.40 malam selepas keadaan terkawal.

Sementara itu, sebuah pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka di Sekolah Kebangsaan (SK) Binjai bagi menempatkan 27 keluarga yang terjejas banjir.

Angkatan Pertahanan Awam (APM) dalam satu kenyataan memaklumkan, mereka terdiri daripada 88 individu yang kini sedang berlindung di PPS berkenaan.

“Selain itu, terdapat dua lagi PPS dibuka di Padang Terap iaitu di SK Tualak dan SK Perik yang menempatkan keseluruhan 76 mangsa daripada 23 keluarga yang terjejas akibat banjir kilat di daerah itu,” katanya. – UTUSAN
https://www.utusan.com.my/terkin ... anjir-diselamatkan/

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-3-2025 04:38 AM GMT+8 , Processed in 0.350866 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list