CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 332|Reply: 0

[Pulau Pinang] Ustaz Kazim antara dilarang ceramah di Pulau Pinang

[Copy link]
Post time 4-11-2022 06:00 PM | Show all posts |Read mode
Ustaz Kazim antara dilarang ceramah di Pulau Pinang

oleh    SYAJARATULHUDA MOHD ROSLI   04 November 2022    04:40pm






MAINPP menamakan Ustaz Kazim antara 16 individu yang dilarang untuk mengadakan ceramah, khutbah atau majlis-majlis ilmu di negeri Pulau Pinang.




GEORGETOWN - Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP) menamakan 16 individu yang dilarang untuk mengadakan ceramah, khutbah atau majlis-majlis ilmu di negeri ini berikutan tidak mempunyai tauliah mengajar daripada MAINPP.

Mereka adalah Datuk Kazim Elias, Shaharudin Ibrahim, Datuk Ahmad Husam Baderudin, Wan Hizam Abdullah Sabil, Yusni Mat Piah, Shahrir Long, Sobri Arshad, Aiman Subri, Ahmad Dusuki Abdul Rani, Afnan Hamimi Taib Azamudden, Profesor Madya Dr Muhamad Rozaimi Ramle, Salman Ali, Maulana Fakhrurrazi, Mohd Rizal Azizan, Halim Hassan dan Dr Abdullah Yassin.

Yang Dipertua MAINPP, Datuk Ahmad Zakiyuddin Abd Rahman berkata, satu pekeliling bertarikh 4 November 2022 telah dikeluarkan dengan menyenaraikan kesemua individu tersebut selepas pihaknya menerima aduan daripada orang awam.

"Kita telah menerima aduan awam dan mendapati, 16 individu ini tiada tauliah mengajar daripada MAINPP.

"Oleh itu, pihak penganjur adalah dilarang daripada menjemput senarai 16 individu tersebut untuk menyampaikan ceramah, khutbah atau majlis-majlis ilmu," katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.

Kata beliau lagi, mana-mana pihak yang tidak mematuhi arahan tersebut, boleh dikenakan denda atau penjara.



Ahmad Zakiyuddin





"Sekiranya gagal mematuhi arahan yang dikeluarkan MAINPP, implikasinya akan dikenakan kepada kedua-dua pihak iaitu terhadap penceramah dan penganjur. Kedua-duanya akan dikenakan tindakan yang mana, penceramah boleh dikenakan denda tidak melebihi RM5,000 atau penjara tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya sekali.




"Ini kerana, mereka telah melanggar Seksyen 11 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Pulau Pinang (EKJSNPP) 1996 iaitu mengajar agama tanpa tauliah dan Seksyen 119 Enakmen Pentadbiran Agama Islam Negeri Pulau Pinang (EPAINPP) 2004 kerana mengajar agama Islam atau apa-apa aspek tentang Islam tanpa tauliah," katanya.

Ahmad Zakiyuddin berkata, bagi penganjur pula, mereka boleh dikenakan denda tidak melebihi RM5,000 atau dipenjara tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya sekali kerana melanggar Seksyen 43(penyubahatan) yang dibaca bersama Seksyen 11 EKJSNPP 1996 iaitu bersubahat menganjurkan program melibatkan penceramah tanpa tauliah.

"Tujuan larangan in dikuatkuasakan bertujuan memastikan kesemua penceramah tersebut menghormati dan mematuhi kehendak-kehendak perundangan syariah berhubung pengtauliahan bagi memastikan penceramah yang layak sahaja menyampaikan ilmu-ilmu yang bertujuan menyatupadukan.

"Selain itu, larangan ini juga bagi mengelakkan timbul sebarang kekeliruan dan perselisihan pandangan yang boleh menjejaskan keharmonian antara jemaah masjid dan ahli qariah," katanya.


sumber

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-3-2025 04:08 AM GMT+8 , Processed in 0.422932 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list