CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 308|Reply: 0

[Pulau Pinang] PRU15: 4 calon bertanding kerusi Parlimen Kepala Batas setakat ini

[Copy link]
Post time 5-11-2022 10:47 AM | Show all posts |Read mode
PRU15: 4 calon bertanding kerusi Parlimen Kepala Batas setakat ini

Oleh Nur Izzati Mohamad - November 5, 2022 @ 10:12am   [email protected]




Calon BN, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican yang akan bertanding untuk tiket UMNO antara calon terakhir yang tiba di Pusat Penamaan Calon P041 Kepala Batas di Institut Latihan Perindustrian (ILP), di sini tepat jam 9 pagi tadi.NSTP/ Nur Izzati Mohamad




KEPALA BATAS: Calon Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican yang akan bertanding untuk tiket UMNO antara calon terakhir yang tiba di Pusat Penamaan Calon P041 Kepala Batas, di Institut Latihan Perindustrian (ILP), di sini tepat jam 9 pagi tadi.

Reezal Merican selaku Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan sekali lagi diamanahkan untuk mempertahankan kerusi Parlimen yang dimenanginya pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) lalu dengan majoriti 4,736 undi.

Beliau yang berpakaian baju Melayu biru tiba diiringi lebih 3,000 penyokong ke pusat penamaan calon, dekat sini.

Sebelum itu, Calon Perikatan Nasional (PN) dari PAS, Dr Siti Mastura Mohamad tiba di pusat penamaan pada jam 8.55 pagi diiringi suami, ahli keluarga serta ratusan penyokongnya.

Siti Mastura, 33 pernah memberi tentangan hebat kepada Reezal Merican ketika bertanding pada PRU14 lalu dan kini sekali lagi diberikan tugas oleh PN untuk berentap pada PRU15.

Manakala, Calon dari parti Pejuang yang mewakili Gerakan Tanah Air (GTA), Hamidi Abu Hassan, pula tiba pada jam 8.45 pagi dengan berpakaian kemeja putih.

Hamidi, 51, berarak diiringi hampir 100 penyokongnya dengan membawa sepanduk dan bendera parti itu.

Terdahulu, calon Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA), Danial Abdul Majeed, 26, tiba jam 8.30 diiringi Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang, Datuk Ahmad Zakiyuddin Abdul Rahman bersama penyokong serta ahli keluarganya.

Danial yang juga seorang jurutera pembuatan menunjukkan semangatnya untuk bertanding mewakili Pakatan Harapan (PH).

Sementara itu, suasana di pusat penamaan calon juga tenang dan berjalan lancar tanpa penyokong dari keempat-empat parti membuat sebarang provokasi apabila menunggu kesemua calon mereka selesai menghantar borang penamaan.







Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-3-2025 04:45 AM GMT+8 , Processed in 0.215375 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list