View: 334|Reply: 0
|
[Kedah]
Bomba pantau aras deras di Titi Hayun, Seri Perigi
[Copy link]
|
|

ANGGOTA BBP Yan memantau keadaan arus deras di air terjun Seri Perigi berikutan hujan lebat hari ini. FOTO IHSAN BOMBA
Yan: Hujan lebat yang melanda hari ini menyebabkan arus deras berlaku di kawasan peranginan air terjun Seri Perigi dan Titi Hayun, di sini.
Kejadian dipercayai berlaku sekitar jam 5 petang tadi mengundang kebimbangan penduduk di kawasan berhampiran.
Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah, Penguasa Kanan Bomba I Mohamadul Ehsan Mohd Zain berkata, sehingga jam 10.40 malam tadi, pemantauan masih dilakukan sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Yan.
Beliau berkata, keadaan sekarang masih hujan renyai dan pihaknya melakukan pemantauan bagi memastikan keselamatan penduduk di kawasan itu terjamin.
"Selain itu, anggota BBP Yan turut memasang sawar-sawar di kawasan air terjun Seri Perigi sebagai peringatan kepada orang ramai," katanya.
"Setakat ini, keadaan arus air sudah kembali normal namun pemantauan masih diteruskan," katanya.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... i-hayun-seri-perigi |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|