View: 315|Reply: 0
|
[Kedah]
PRU-15: Op Cantas pantau ceramah di lima daerah
[Copy link]
|
|

WAN Hassan (kiri) melakukan pemantauan pada hari penamaan calon di Padang Terap. FOTO Zuliaty Zulkiffli
Padang Terap: Polis Kedah menempatkan 11 pasukan 'Op Cantas' di lima kawasan panas di Kota Setar, Langkawi, Kubang Pasu, Sungai Petani dan Baling bagi memastikan parti politik mematuhi etika ketika berkempen.
Ketua Polis Kedah, Datuk Wan Hassan Wan Ahmad berkata, pasukan berkenaan akan merakam segala aktiviti ceramah serta memantau calon yang berkempen dan bebas daripada sebarang provokasi.
Menurutnya, satu pasukan itu akan diletakkan di daerah kecil manakala dua pasukan khas lagi akan diletakkan di kawasan bandar seperti Alor Setar serta Sungai Petani dan beberapa lagi kawasan 'hot spot'.
"Selain itu, kita juga melihat siapa penceramah, dan jika sebelum ini penceramah yang datang itu membawa sebarang isu yang boleh mendatangkan sensitiviti, kita akan memberi tumpuan dan rakam apa isi kandungan (ucapan) dan sebagainya yang boleh diambil tindakan lanjut.
"Selain itu, saya ingin mengingatkan calon atau penceramah yang berkempen supaya patuhi arahan yang ditetapkan.
"Sekiranya mereka melanggar syarat, tindakan boleh diambil di bawah Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 (Akta 5) termasuk kesalahan pemalsuan nama atau kertas undi, mengembangkan perasaan jahat atau permusuhan di bawah Seksyen 3, Seksyen 4 dan Seksyen 5 akta sama," katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas melakukan pemantauan di pusat penamaan calon di Pejabat Daerah Padang Terap, di sini, hari ini.
Dalam pada itu, Wan Hassan berkata, proses penamaan calon di negeri ini hari ini adalah terkawal dan berjalan lancar, malah tiada insiden atau kekecohan berlaku.
Beliau berkata, ini berikutan strategi pihaknya meletakkan anggota polis di kalangan kelompok penyokong yang menyertai perarakan membawa calon membuahkan hasil.
"Kita meletakkan seramai 2,443 pegawai dan anggota untuk penugasan di semua pusat penamaan calon di 15 Parlimen hari ini.
"Alhamdulillah, apa yang kita lakukan membuahkan hasil selepas menempatkan pegawai dan anggota di celah-celah laluan antara penyokong parti.
"Selain itu, hasil maklumat awal yang diperolehi juga dapat mempersiapkan pegawai dan anggota supaya dapat cantas dari awal sebarang insiden berlaku," katanya.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... amah-di-lima-daerah |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|