View: 790|Reply: 0
|
Jual Rumah Pun Salah, Nikita Mirzani Nafi Sudah Muflis
[Copy link]
|
|
Pelakon sensasi Indonesia, Nikita Mirzani menepis dakwaan keputusannya menjual rumah yang terletak di Jakarta Selatan kerana jatuh muflis.
Menerusi laporan portal Liputan6, Nikita dikatakan mengambil keputusan itu kerana mahu berpindah disebabkan sudah bosan tinggal di rumah tersebut.
IG Nikita
“Apa masalahnya saya menjual rumah, bukan saya buat perkara yang terlarang. Macam-macam, jual rumah pun salah.
“Saya jual kerana sudah bosan tinggal di situ. Rumah itu terlalu kecil untuk saya diami bersama anak-anak yang sedang membesar,” katanya.
Nikita pernah membintangi lebih 20 filem, termasuk Otajin dan Drakula Cinta.
IG Nikita
Pelakon sensasi ini pernah terpalit dengan beberapa kontroversi antaranya insiden pergaduhan dengan seorang pelajar universiti, Fitri Sri Handayani di Bandung, selain penderaan yang dilakukan terhadap bekas suaminya, Dipo Latief.
Sumber: Utusan
|
|
|
|
|
|
|
| |
|