CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 424|Reply: 1

[Perlis] Landasan kereta api Hatyai-Padang Besar dibom

[Copy link]
Post time 3-12-2022 07:44 PM | Show all posts |Read mode
Landasan kereta api Hatyai-Padang Besar dibom


Aizat Sharif
[email protected]



KEADAAN gerabak kereta api yang tergelincir dari landasan. FOTO Ihsan Pembaca




Padang Besar: Perkhidmatan kereta api State Railway of Thailand (SRT) dari Hatyai ke Padang Besar, Malaysia tergendala selepas landasan dibom berhampiran Stesen Kereta Api Klong Ngek, di Sadao, Thailand hari ini.

Sumber berkata, kejadian berlaku sekitar jam 2 petang ketika sebuah kereta api kargo dari Haytai ke Padang Besar tergelincir selepas landasan yang dilalui dipercayai diletakkan bom berhampiran Stesen Kereta Api Klong Ngae.

Letupan menyebabkan gerabak kereta api berkenaan terbabas dan melumpuhkan perkhidmatan kereta api dari sektor berkenaan ke Padang Besar.

Stesen Kereta Api Khlong Ngae, Sadao terletak 23.3 kilometer dari Stesen Kereta Api Padang Besar, Malaysia di sempadan Malaysia-Thailand.

Setakat ini tiada pihak yang mengaku bertanggungjawab atas kejadian berkenaan dan setakat ini perkhidmatan kereta api SRT masih dihentikan buat sementara waktu.

Sementara itu Bangkok Post melaporkan pihak berkuasa akan menyiasat kejadian tersebut sama ada landasan tersebut di bom atau kejadian kemalangan.

Sumber memaklumkan landasan itu perlu ditutup beberapa hari bagi membolehkan kerja-kerja membaiki dilakukan.

Kereta api berkenaan mempunyai 20 gerabak dengan 11 daripadanya tergelincir daripada landasan dan rosak teruk.

Empat pekerja iaitu termasuk dua pemandu dan seorang juruteknik tidak mengalami sebarang kecederaan.


Disiarkan pada: Disember 3, 2022 @ 7:19pm



sumber
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-12-2022 08:18 AM From the mobile phone | Show all posts
Siapa lah yang suka merosakkan harta awam ni
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-3-2025 12:07 PM GMT+8 , Processed in 1.148389 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list