View: 519|Reply: 0
|
Yamaha perlu bekerja lebih keras
[Copy link]
|
|
QUARTARARO berdepan kesukaran untuk menghadapi saingan Ducati yang memiliki jentera cukup pantas musim ini. – AFP
LONDON – Legenda perlumbaan MotoGP, Valentino Rossi memberi amaran supaya bekas pasukannya, Yamaha terus bekerja keras kerana mereka bakal berdepan kesukaran dan halangan besar untuk memberikan saingan musim depan.
Musim lalu menyaksikan pelumba mereka, Fabio Quartararo beberapa kali berang dengan persembahan jentera Yamaha yang disifatkan gagal kompetitif sekali gus menyaksikan kejuaraan dunia yang disandangnya terlepas ke tangan pelumba Ducati, Francesco Bagnaia.
“Yamaha terlalu memberikan fokus mengenai keseimbangan jentera untuk memastikan ia mudah ditunggang dan mampu menawan selekoh dengan baik.
“Namun, apa yang penting ketika ini adalah memberikan fokus terhadap kepantasan untuk memastikan mereka mampu merapati jurang dengan Ducati. Saya perlu akui bahawa Ducati sejak kebelakangan ini telah memberikan kesukaran kepada semua pihak terutama pasukan pengeluar dari Jepun,” katanya.
Musim baharu nanti menyaksikan pasukan pengeluar dari Jepun kehilangan salah satu wakil mereka apabila Suzuki membuat keputusan untuk meninggalkan saingan berkenaan.
Sepanjang karier di litar perlumbaan, Rossi banyak menghabiskan masanya bersama pasukan Yamaha yang berjaya memberikannya kejayaan, sebaliknya dua musim bersama Ducati bagaikan mimpi buruk.
Bagaimanapun, para pelumba asuhannya di Akademi VR46 berjaya menyesuaikan diri dengan jentera buatan Itali itu termasuk Bagnaia yang membantu Ducati menamatkan penantian 15 tahun pasukan itu.
“Ducati memiliki budaya kerja yang agresif. Mereka menurunkan banyak jentera pada setiap perlumbaan menyebabkan mereka berjaya mengutip banyak data untuk membuat penambahbaikan.
“Yamaha perlu bersedia untuk itu, perlu menyediakan wang yang banyak dan orang yang ramai. Mereka harus faham bahawa untuk menang, mereka perlu terus bekerja dengan lebih keras,” ujarnya. – AGENSI
https://www.kosmo.com.my/2022/12 ... ekerja-lebih-keras/ |
|
|
|
|
|
|
| |
|