|

Kamal memeriksa keadaan rumahnya di belakang Masjid Al-Irfan, Derga, Alor Setar yang terbakar pada Jumaat.
ALOR SETAR - Seorang penggali kubur tinggal sehelai sepinggang apabila kediamannya di belakang Masjid Al-Irfan, Derga, dekat sini, terbakar pada Jumaat.
Dalam kejadian kira-kira jam 4.30 petang itu, rumah dua tingkat dengan segala peralatan kediaman itu musnah sepenuhnya.
Mangsa, Kamal Kassim, 55, berkata, ketika kejadian, beliau tidak berada di rumah tetapi berada di kawasan berhampiran sedang melakukan kerja di tanah perkuburan.
"Saya cuba untuk menyelamatkan harta benda yang ada namun tidak dapat berbuat-buat apa-apa meskipun nampak kebakaran itu disebabkan api terlalu marak.
"Memang sedih sangat apabila mengenangkan tiada satu pun yang dapat diselamatkan tidak kira sama ada dokumen penting ataupun peralatan kediaman," katanya ketika ditemui Sinar Harian pada Sabtu.
Kamal yang tinggal sendirian berkata, satu-satunya motosikal yang menjadi kenderaan utamanya bergerak melakukan segala urusan termasuklah membeli barangan keperluan juga tidak dapat diselamatkan dalam kebakaran itu.
"Saya kini tidak memiliki apa-apa dan ada baju yang sedang dipakai ini sahaja," katanya sambil merayu bantuan ataupun sumbangan untuk meringankan bebannya dan berteduh dari hujan dan panas
Kamal memberitahu, beliau kini menumpang sementara waktu di sebuah inap desa hasil bantuan imam dan warga Masjid Al-Irfan.
https://www.sinarharian.com.my/a ... -sehelai-sepinggang |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|