CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 443|Reply: 0

Hamilton dedah sebab kenapa masih beraksi

[Copy link]
Post time 29-12-2022 04:01 PM | Show all posts |Read mode

HAMILTON masih minat memandu jentera F1. FOTO Reuters

London: Lewis Hamilton berkata bahawa keinginan berterusan untuk terus menjadi pelumba terbaik adalah sebab utama dia masih lagi berminat beraksi dalam perlumbaan Formula Satu (F1).

Pemandu Mercedes itu akan berusia 38 tahun bulan depan dan mempunyai tujuh kejuaraan dunia, sama dengan Michael Schumacher, serta rekod 103 kemenangan Grand Prix (GP).

Minatnya dalam sukan permotoran itu masih belum pudar walaupun pada 2021 kehilangan mahkota kejuaraan keseluruhan dengan keputusan kontroversi.

Ditanya apa yang membuatkan dia terus bertahan, Hamilton menjawab, salah satu sebab adalah dirinya sendiri.


"Mungkin sebab Fernando Alonso dan Sebastian Vettel masih beraksi.

"Tetapi sekarang jelas, kami akan kehilangan Seb (Vettel). Saya tidak tahu, saya rasa saya masih suka apa yang saya lakukan, saya masih suka cabaran setiap tahun, cuba menilai pada penghujung di mana tahap saya berada, apa yang saya pelajari.

"Bagaimana anda boleh berkembang menjadi lebih baik? Bagaimana anda boleh menjadi lebih sihat? Bagaimanakah anda boleh mengembangkan minda dan badan dan semangat anda supaya saya memberi tumpuan sepenuhnya untuk melakukan perkara itu sepanjang masa?.

"Dan ya, saya bercakap tentang adrenalin, sememangnya kita semua pencari adrenalin," katanya.

https://www.hmetro.com.my/arena/ ... enapa-masih-beraksi
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-11-2024 05:36 PM GMT+8 , Processed in 0.056904 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list