CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 477|Reply: 0

Damok idam gelaran 'Rookie Terbaik'

[Copy link]
Post time 3-1-2023 10:34 AM | Show all posts |Read mode

AKSI Damok ketika Grand Prix (GP) Motorsikal Malaysia 2022. FOTO Osman Adnan

Kuala Lumpur: Pelumba negara, Syarifuddin Azman mempunyai sasaran tersendiri dalam musim penuh pertamanya tahun ini apabila cuba untuk menjadi muka baru terbaik kejohanan (Rookie of the Year).

Menurut pelumba berusia 21 tahun yang beraksi dalam kelas Moto3 itu, dalam mencapai sasaran berkenaan dia harus memberi sepenuh tumpuan untuk mengumpul sebanyak mana mata sebaik saja pusingan pertama 2023 bermula di Grand Prix (GP) Portugal, Mac ini.

"Tempoh rehat yang ada ini akan digunakan sebaik mungkin untuk memperkemaskan lagi persiapan fizikal dan mental di Malaysia sebelum mengharungi beberapa sesi ujian bermula Februari ini," kata pelumba yang terkenal dengan panggilan 'Damok' itu.

Ujarnya, dia mahu mendapatkan gelaran 'Rookie of the Year' dan cuba dapatkan mata sebanyak mungkin selepas menyertai saingan Moto3 menerusi tiket wildcard sebanyak empat kali di GP Portugal, Sepanyol, Catalunya dan Malaysia tahun lalu.

Daripada empat perlumbaan itu, pencapaian terbaiknya adalah meraih penamat ke-16 di GP Malaysia pada Oktober lalu selain pernah berada di tempat ke-13 di GP Aragon pada 2021.

"Buat masa sekarang ini, saya mempersiapkan diri di Malaysia dan mungkin akan menyertai ujian (bersama pasukan) pada Februari ini di Sepanyol. Sebelum ini, saya sudah menjalani ujian bersama pasukan.

"Semuanya OK dan saya sendiri perlu pantas menyesuaikan diri dengan jentera baharu nanti," kata Syarifuddin yang menyertai musim 2023 bersama pasukan dari Sepanyol, MTHelmets-MSI.

Kelas Moto3 dijadual menjalani ujian rasmi di Litar Algarve, Portugal dari 17 hingga 20 Mac ini - empat hari sebelum saingan pertama musim 2023 membuka tirainya di litar yang sama.

https://www.hmetro.com.my/arena/ ... aran-rookie-terbaik
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-11-2024 05:46 PM GMT+8 , Processed in 0.763577 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list