View: 510|Reply: 0
|
Pemandu rali AS maut kereta salji
[Copy link]
|
|
BLOCK ketika berlakon dalam iklan kereta Ford Fiesta ST pada 2013.
San Francisco: Jaguh rali Amerika Syarikat (AS) yang juga bintang YouTube, Ken Block maut dalam kemalangan membabitkan kereta salji di Utah, menurut pasukan perlumbaannya semalam.
"Dengan rasa sedih kami mengesahkan Ken Block meninggal dunia dalam kemalangan kereta salji hari ini (semalam)," kata Hoonigan Racing Division dalam laman web mereka.
"Kematiannya amat kami rasai."
Media AS, TMZ Sports melaporkan Block, 55, menaiki kereta saljinya di kawasan tanah tinggi apabila secara tiba-tiba jentera itu terbalik dan menghempapnya.
Dia disahkan mati di tempat kejadian, menurut pejabat Sheriff Wasatch Count dan menurut pejabat sheriff, Block bersendirian ketika insiden malang itu berlaku.
Memulakan karier ralinya pada 2005, Block dinobatkan Rookie Of The Year di Kejohanan Rali Amerika.
Dia bertanding di Kejohanan Rali Dunia dan memenangi beberapa pingat di Sukan X.
https://www.hmetro.com.my/arena/ ... i-maut-kereta-salji |
|
|
|
|
|
|
| |
|