View: 471|Reply: 0
|
Semangat Marquez tetap membara
[Copy link]
|
|
MARQUEZ mengalami situasi sukar sejak tiga tahun lalu. FOTO EPA
London: Di sebalik beberapa siri pembedahan dan kecederaan yang menjejaskan peluang Marc Marquez menambah kejuaraan dunia MotoGP sejak tiga musim lalu, pelumba Repsol Honda itu mengakui mentalitinya tetap sama.
Bercakap dalam episod terbaharu Behind the Dream, juara dunia lapan kali itu berkata sukar untuknya melupakan pengalaman pahit yang dilaluinya sepanjang tempoh itu.
"Saya sentiasa merasai ketakutan mengenai masa depan saya terutama sepanjang tempoh dua tahun lalu apabila mengalami kecederaan. Saya sering berkata kepada diri sendiri yang saya berada di sini untuk terus menunggang motosikal.
"Sudah pasti risiko dan mentaliti yang saya hadapi di trek akan sentiasa sama dan saya tidak boleh menunggang dengan cara lain. Tetapi cara saya menghadapi situasi kecederaan serta soal masa depan mula berubah.
"Ia bukan mentaliti yang sama, bukan sahaja untuk saya, tetapi ia akan dialami oleh anda yang berumur 30 tahun.
"Perkara yang paling penting ialah semua orang di dalam pasukan menerima bahawa anda berada dalam situasi yang sangat sukar.
"Sebaik sahaja anda menerima kenyataan itu, maka anda akan terus berusaha keras," katanya.
https://www.hmetro.com.my/arena/ ... rquez-tetap-membara |
|
|
|
|
|
|
| |
|