CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 501|Reply: 0

Alex Rins akui sukar kendali jentera Honda

[Copy link]
Post time 10-1-2023 10:52 AM | Show all posts |Read mode

RINS mengakui memerlukan masa untuk memahami karakter jentera Honda selepas sekian lama bersama Suzuki. – AFP


LONDON – Pelumba Sepanyol, Alex Rins memberi gambaran bahawa tugas pertamanya bersama Honda menjelang Kejua­raan Motosikal Dunia (MotoGP) bukan mudah selepas menyifatkan jentera dari Jepun tersebut benar-benar rumit untuk dikendalikan.

Rins mendedahkan bahawa perasaannya ketika mengakhiri sesi ujian pertama bersama jentera Honda pada November lalu di Valencia bukan sesuatu yang positif menyebabkan pelumba Sepanyol tersebut mengakui bahawa dia memerlukan masa untuk menyesuaikan diri dengan RC213V .

Juara lima kali perlumbaan Grand Prix tersebut menyertai pasukan LCR Honda dengan kontrak dua tahun sejurus Suzuki membuat keputusan meninggalkan MotoGP sebaik sahaja ber­akhirnya perlumbaan 2022.

“Anda bernasib baik, ini kali pertama saya akan bercakap secara terbuka tentang Honda. Ini adalah babak baru dalam hidup saya dan saya gembira menyertai keluarga Honda.

“Apapun, ini bukan satu perjalanan mudah kerana ia benar-benar rumit, Honda adalah motosikal yang sangat berbeza dengan Suzuki, tetapi saya perlu mengatakan bahawa saya tidak fikir ia adalah sebuah jentera yang teruk.

“Apa yang saya dapati paling sukar adalah tindak balas enjin dan karakter jentera ini berlainan. Saya tidak begitu memahaminya. Saya menyukai jentera ini, tetapi ia bukan mudah untuk ditunggang,” kata Rins.

Sepanjang memulakan karier di kelas perdana sejak 2017, Rins hanya memacu jentera Suzuki dan tidak mempunyai pengalaman menguji jentera berbeza selain jenama berkenaan.

“Saya sertai pasukan Suzuki tanpa pengalaman menunggang motosikal lain, jadi saya telah lakukan yang terbaik sewaktu memacu jentera GSX-RR,” ujarnya.

Rins menyertai Honda ketika melalui tempoh sukar dalam kerjayanya selepas pelumba berusia 27 tahun tersebut hanya menca­tat dua kemenangan dalam tempoh dua tahun. – AGENSI
https://www.kosmo.com.my/2023/01 ... dali-jentera-honda/
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-11-2024 05:28 PM GMT+8 , Processed in 0.056234 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list