View: 545|Reply: 0
|
Estremo, Yuzy Racing jalin kerjasama
[Copy link]
|
|
Estremo, Yuzy Racing jalin kerjasama selama tiga musim bermula 2023.
KUALA LUMPUR: Syarikat minyak pelincir tempatan, Estremo menjalin kerjasama dengan Yuzy Racing sebagai penaja utama pasukan bagi mengharungi musim baharu 2023.
Estremo akan bergandingan bersama Yuzy Racing selama tiga musim bermula 2023 hingga 2025 dalam saingan Kejuaraan Cub Prix Malaysia yang dijadual membuka tirai pada bulan depan.
"Kerjasama ini menyaksikan Estremo akan bersama kami sehingga ke tahun 2025 dalam menghadapi saingan Cub Prix. Selain itu, pada tahun ini juga saya mengumumkan di mana pasukan kami akan kembali ke Kejuaraan Motosikal Asia (ARRC) dalam kelas Underbone 150cc.
"Kerjasama bersama Estremo ini sudah tentu akan memberi faedah kepada pasukan Yuzy Racing dalam membantu program pembangunan pasukan yang sentiasa komited dalam melahirkanpelumba terbaik dan mampu untuk bergelar juara," kata prinsipal pasukan, Shahrol Yuzy Ahmad Zaini dalam satu majlis di sini, hari ini.
"Selain itu, kerjasama ini tidak terhad di litar. Malah kami turut merangka pelbagai program di luar litar yang akan memberi manfaat khususnya kepada pengguna motosikal," kata bekas pelumba di Kejuaraan Motosikal Dunia dalam kelas 250cc itu.
"Selain itu, saya mengucapkan terima kasih kepada pihak Boon Siew Honda Malaysia yang bersama pasukan Yuzy Racing selama 12 tahun sehingga ke hari ini."
Kerjasama bersama Honda sejak sekian lama menyaksikan Yuzy Racing berjaya melahirkan dua juara keseluruhan kelas perdana iaitu Mod Zahhwan Zaidi dalam kelas CP130
pada tahun 2014 dan Azroy Hakeem Anar dalam kelas CP150 pada tahun 2021.
Pasukan Yuzy Racing akan menggunakan nama Honda Yuzy Estremo Team pada musim ini dan terus mengekalkan Azroy Hakeem selaku pelumba utama pasukan dalam saingan CP150 di Kejuaraan Cub Prix Malaysia bersama Shahrol Syazras Shahrol Yuzy dan Md Idlan Hagimi Raduan.
Percaturan turut dilakukan Shahrol Yuzy dalam kelas Underbone 150cc di pentas Asia apabila menggandingkan anaknya, Shahrol Syazras bersama pelumba baharu pasukan, Haziq Hamdan.
"Antara perkara yang turut membanggakan saya sepanjang bergelar pelumba dan pemilik pasukan apabila anak saya, Shahrol Syazras kini turut mengikut jejak langkah saya dan berada di dalam pasukan bersama-sama barisan pelumba yang lain.
"Selepas beberapa musim, saya percaya dia kini semakin matang dan mampu untuk menggalas tanggungjawab yang diberikan," kata Shahrol Yuzy.
https://www.bharian.com.my/sukan ... ing-jalin-kerjasama |
|
|
|
|
|
|
| |
|