|
JIMIN BTS
Impak Jimin jadi duta jenama mewah
SAHAM jenama mewah dari Perancis, Dior menyaksikan peningkatan luar biasa selepas pengumuman mereka melantik anggota BTS, Jimin selaku duta global terbaharu.
Penyanyi itu merupakan selebriti lelaki Asia pertama yang dilantik di posisi tersebut dalam sejarah penubuhan Dior.
Menurut data dalam Investing.com, saham Dior mencapai paras tertinggi iaitu 789 Euro (RM3,700) dalam masa dua hari selepas pengumuman pelantikan Jimin.
Bukan itu sahaja, pemilihan pelantun lagu Filter berkenaan mencipta fenomena luar biasa dalam media sosial apabila namanya menjadi topik trending peringkat global.
Dek impak dan pengaruh besar dimiliki Jimin, peminatnya dilaporkan menyerbu stor jualan Dior bagi membeli barangan jenama mewah tersebut untuk menyokong artis kegemaran mereka.
Mereka juga dikatakan turut membeli beg yang dipakai Jimin ketika dia berada di lapangan terbang sebelum terbang ke Minggu Fesyen Paris baru-baru ini.
Beg berwarna hijau buah zaitun itu berharga 2,100 pound sterling (RM11,034).
Sumber:https://www.kosmo.com.my/2023/01 ... -duta-jenama-mewah/
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|