CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 323|Reply: 0

[Pulau Pinang] Monopoli kontrak kerja: Kerani, timbalan pegawai pendidikan direman

[Copy link]
Post time 24-2-2023 05:20 PM | Show all posts |Read mode
Monopoli kontrak kerja: Kerani, timbalan pegawai pendidikan direman

oleh SYAJARATULHUDA MOHD ROSLI24 Februari 2023 02:44pm






Kedua-dua suspek direman empat hari sehingga Isnin untuk membantu siasatan.




GEORGETOWN - Kerani swasta dan timbalan pegawai pendidikan daerah direman empat hari bagi membantu siasatan berhubung kegiatan kartel bagi memonopoli kontrak kerja pembaikan dan penyelenggaraan.

Kedua-dua lelaki berusia 47 dan 58 tahun itu ditahan di Ibupejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SRPM) pada Khamis selepas disyaki menjadi orang tengah antara pemilik syarikat dan pegawai atasan Jabatan Laut Wilayah Utara Pulau Pinang dengan nilai kontrak berjumlah RM693,940.

Suspek yang memakai baju SPRM berwarna jingga tiba di Bangunan Mahkamah Sesyen dan Majistret Sivil di sini kira-kira jam 10.24 pagi untuk mendapatkan perintah reman tersebut.

Perintah reman dikeluarkan Majistret Mahkamah Sivil Pulau Pinang, Hadi Hakimi Harun bermula Jumaat sehingga Isnin depan selepas permohonan reman dibuat Pegawai Pemohon Reman SPRM, Amin Yaacub.

Kedua-dua suspek diwakili barisan peguam daripada Tun Ammar Aziz & Co dan ditahan reman di lokap SPRM Pulau Pinang.

Kedua-dua suspek disiasat mengikut Seksyen 18 Akta SPRM 2009.

Menurut sumber SPRM, seramai 15 individu ditahan pada Khamis iaitu 10 adalah pemilik syarikat manakala lima adalah orang tengah.

Kesemua mereka ditahan untuk direkodkan keterangan pada Khamis yang mana, 13 daripada mereka telah diberikan jaminan SPRM.


Kata sumber lagi, kedua-dua suspek bertindak menjadi orang tengah untuk mendapatkan komisen daripada syarikat yang memperoleh kontrak kerja di Jabatan Laut Wilayah Utara Pulau Pinang pada 2022.






Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-3-2025 09:13 PM GMT+8 , Processed in 0.077511 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list