CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 9866|Reply: 1

[Perlis] Tiga beradik ditemui dengan kaki berantai disyaki didera

[Copy link]
Post time 25-3-2023 03:38 PM | Show all posts |Read mode
Tiga beradik ditemui dengan kaki berantai disyaki didera

oleh   NURUL HIDAYAH HAMID  25 Mac 2023   03:10pm






Gambar hiasan. - Foto 123RF




KANGAR - Tiga beradik dipercayai mangsa dera ditemui dalam keadaan kaki masih berantai di tepi titi, Jalan Kampung Tambun Tulang, Simpang Empat di sini, pada Jumaat.

Ketua Polis Daerah Kangar, Asisten Komisioner Yusharifuddin Mohd Yusop berkata, mangsa berusia 13 hingga 16 tahun ditemui oleh orang awam yang kemudiannya melaporkan perkara itu kepada polis.

"Ketika ditemui, dua daripada mangsa dirantai bersama di bahagian kaki, manakala seorang lagi tidak dirantai.

"Mereka dipercayai dikurung dan dirantai di dalam rumah oleh ibu mereka yang tidak tinggal bersama mereka sebelum bertindak melarikan diri kerana tidak tahan diperlakukan sedemikian," katanya kepada pemberita pada Khamis.

Bagaimanapun, Yusharifuddin memaklumkan, pihaknya masih meneruskan siasatan untuk mendapatkan maklumat lain memandangkan mangsa enggan bercakap.

Beliau memaklumkan, semakan polis mendapati dua daripada mangsa memiliki kad orang kurang upaya (OKU) masalah pendengaran dan pembelajaran.

Tambah Yusharifuddin, ketiga-tiga mangsa kini sedang menjalani pemeriksaan dan rawatan di Hospital Tuanku Fauziah (HTF) serta dilaporkan stabil.

"Saya dimaklumkan seorang mangsa yang berusia 16 tahun didapati mempunyai kesan luka lama pada kedua belah tangannya, namun masih menantikan laporan dua beradik itu," katanya.




Sehubungan itu, beliau memaklumkan, pihaknya telah menahan seorang wanita dipercayai ibu mereka berusia 46 tahun dan seorang lelaki berusia 31 tahun untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 31 (1) (a) Akta Kanak-Kanak 2001.

Menurut Yusharifuddin, kedua-duanya direman selama tujuh hari bermula Sabtu sehingga 31 Mac depan.




Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 25-3-2023 04:36 PM | Show all posts






Tiga remaja lelaki dipercayai mangsa dera diselamatkan orang awam selepas ditemui dalam keadaan tidak bermaya di Jalan Kampung Tambun Tulang, Simpang Empat, di Kangar, malam tadi.





Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

2-3-2025 03:30 AM GMT+8 , Processed in 0.038295 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list