CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 9469|Reply: 2

[Perlis] Tiga beradik dirantai kerana bimbangkan keselamatan

[Copy link]
Post time 26-3-2023 03:55 PM | Show all posts |Read mode

Miah menunjukkan tingkap dipercayai menjadi laluan tiga remaja meloloskan diri dari rumah mereka di Kampung Lat 1000, Simpang Empat dekat Kangar hari ini.

KANGAR – Suspek wanita yang direman kerana disyaki mendera tiga anak lelakinya termasuk dua orang kelainan upaya (OKU) disifatkan sebagai seorang penyabar dan penyayang.

Menurut kakak suspek dikenali sebagai Miah, ibu kepada tiga remaja itu amat jarang memarahi anak-anaknya dan tidak pernah memukul walaupun remaja terbabit sangat nakal.

Menurut wanita itu, dua anak saudaranya berusia 14 dan 16 tahun bersekolah termasuk yang sulung belajar di sekolah pendidikan khas di Simpang Empat.

“Sebelum kejadian, adik saya ada memberitahu dia akan pulang ke rumah suaminya di Alor Sena dan meminta saya tengok-tengokkan mereka.

“Selepas berbuka, saya ada pergi melihat dan bertanyakan apa yang budak-budak itu makan, selepas itu kami tidur awal sebelum dikejutkan dengan kehadiran anggota polis datang bertanyakan hal anak-anak saudara saya,” katanya ketika ditemui pemberita di Kampung Lat 1000, Simpang Empat di sini hari ini.

Kosmo! hari ini melaporkan orang ramai menemui tiga remaja dengan dua daripadanya dalam keadaan dirantai sebelum polis menahan seorang lelaki dan wanita kerana dipercayai terlibat dalam kes dera. – KOSMO! ONLINE

https://www.kosmo.com.my/2023/03 ... angkan-keselamatan/

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 26-3-2023 04:05 PM | Show all posts

Tiada kesan dera pada tiga remaja dijumpai tak bermaya, dirantai - Polis

RUMAH didiami tiga remaja yang ditemui tidak bermaya dengan dua daripadanya dirantai. FOTO Aizat Sharif.

Kangar: Ibu tiga remaja termasuk dua orang kurang upaya (OKU) yang disyaki didera di Kampung Lat 1000, Simpang Empat, di sini tidak pernah sekalipun memukul anaknya selama ini.

Perkara berkenaan didedahkan oleh kakak sulungnya, Hamiah Osman, 70 atau dikenali sebagai Kak Yam yang menetap di sebelah kediaman wanita kampung berkenaan.

"Adik saya tidak pernah pukul anak mereka itu dan jarang sekali dia memarahinya cuma ada kalanya terpaksa meninggikan suaranya kerana anak mereka itu agak nakal dan terpaksa ditegur.

"Nakal pada maksud saya ini adalah anak mereka itu sukar dikawal tingkah laku mereka sehinggakan mereka ini sering ditemui berkeliaran di sekitar kawasan kampung ini.

"Jadi adik saya yang bertugas sebagai pekerja pembersihan di sebuah institusi pengajian tinggi di Kangar terpaksa merantai semua anaknya bagi mengelakkan mereka merayau-rayau di sekitar kampung ini," katanya ketika ketika di sini hari ini.

Katanya, adiknya bukan tidak mahu menghantar dua anaknya yang mengalami OKU masalah pembelajaran dan pendengaran ke pusat kelolaan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) tetapi dikhuatiri akan dibuli.

"Mereka adalah adik beradik tiri iaitu seibu tetapi berlainan bapa. Anak sulung yang berusia 16 tahun adalah daripada perkahwinan pertama adik.

"Sementara, remaja berusia 13 dan 14 adalah anak tiri dari pernikahan kedua, dan adik baharu berkahwin kali ketiga, Januari lalu," katanya.

Hamiah berkata, bapa tiri baharu mereka seorang yang baik dan mesra dan sering membelikan makanan kepada remaja ini.

"Setiap petang, mereka juga sering bermain sepak raga bersama bapa tiri, saya juga tidak nampak tanda mereka itu pernah didera atau tangisan jika mereka didera," katanya.

Suami kepada Hamiah, Bahari Man, 74, berkata, kenakalan anak saudaranya itu dapat dilihat menerusi keadaan dalam rumah remaja itu yang tunggang langgang.

"Jeriji tingkap rumah juga patah selain jendela yang rosak tanpa tingkap.

"Kami percaya mereka meloloskan diri dari jendela tidak bertingkap itu. Kami sangat khuatir keselamatan mereka jika keluar merayau," katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kangar, Asisten Komisioner Yusharifuddin Mohd Yusop ketika dihubungi berkata, kes berkenaan masih dalam siasatan.

"Siasatan awal mendapati tiada kesan penderaan pada remaja berkenaan," katanya.

Semalam, media melaporkan penemuan tiga beradik dalam keadaan lemah dan tidak bermaya dengan dua daripadanya dirantai pada kaki di tepi Jalan Kampung Tambun Tulang, Simpang Empat selepas dipercayai dikurung oleh ibu mereka.

https://www.hmetro.com.my/mutakh ... maya-dirantai-polis

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 26-3-2023 05:13 PM | Show all posts

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

2-3-2025 03:42 AM GMT+8 , Processed in 0.045382 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list