View: 3358|Reply: 0
|
[Pulau Pinang]
Teka lagu punya pasal, jurutera kena tipu RM125,620
[Copy link]
|
|

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Asisten Komisioner Tan Cheng San ketika sidang media mengenai kes jenayah komersial di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) SPT, Bandar Perda. - Foto NSTP/Danial Saad
BUKIT MERTAJAM: Seorang jurutera sebuah syarikat di Simpang Ampat, dekat sini kerugian lebih RM125,000 akibat ditipu kononnya berjaya meneka tajuk lagu.
Insiden bermula pertengahan bulan lalu ketika mangsa lelaki berusia 27 tahun menerima panggilan telefon dari sebuah syarikat di Hong Kong yang memintanya meneka tajuk lagu.
Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Asisten Komisioner Tan Cheng San, berkata hadiah yang ditawarkan sindiket itu kepada mangsa bernilai RM326,000.
"Selepas panggilan pertama, mangsa kemudian dihubungi sekali lagi oleh suspek yang memaklumkan bahawa dia telah memenangi hadiah wang tunai berkenaan selepas berjaya meneka tajuk lagu terbabit.
"Bagaimanapun, sebelum melayakkan mangsa untuk mendapatkan hadiah itu dia perlu melakukan tiga transaksi ke akaun berbeza bagi pelbagai tujuan antaranya pendaftaran dan proses kemasukan wang ke dalam negara.
"Mangsa yang mempercayai kata-kata suspek terus mengikuti arahan berkenaan dan memasukkan wang secara berperingkat berjumlah RM125,620," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seberang Perai Tengah, di sini, hari ini.
Jelasnya, mangsa akhirnya sedar ditipu apabila suspek meminta wang tambahan sebanyak RM50,000.
"Mangsa yang kehabisan semua wang simpanan tampil membuat laporan polis pada Jumaat lalu bagi tindakan selanjutnya.
"Polis menasihati orang awam supaya tidak mudah terpedaya dengan sindiket sebegini apatah lagi bukan mudah untuk mendapatkan wang yang banyak dalam tempoh masa singkat.
"Elakkan dari sikap tamak yang boleh membinasakan diri sendiri," katanya.
Kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.
https://www.bharian.com.my/berit ... -kena-tipu-rm125620 |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|